Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts
Monday, February 28, 2011
SHAH ALAM 28 Februari - Penerimaan bersyarat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berdebat berhubung isu tanah adat Orang Asal, dianggap sebagai cara halus pemimpin itu untuk menghindarkan dirinya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata, syarat yang dikenakan oleh Taib itu nyata satu alasan di samping ingin menyediakan hujah mereka apabila meminta Pakatan Rakyat mendedahkan terlebih dahulu maklumat yang dimiliki berhubung isu tanah adat itu.

Monday, February 28, 2011 by Reporter Daily · 0
IPOH 28 Februari - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu.
Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 28 Februari - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 28 Februari - Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dilihat bersikap hipokrit kerana meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.

Sunday, February 27, 2011
KERDAU 27 Februari - Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.
Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno-Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.
Sunday, February 27, 2011 by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 27 Februari - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Islam terkemuka, Dr Yusof Al-Qaradawi diselar sebagai sebagai 'manusia lidah bercabang' kerana Najib menganugerahkan gelaran tokoh Maal Hijrah kepada Yusof Al-Qadarawi dan pada masa yang sama melabelnya sebagai pengganas.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian semasa dihubungi TV Selangor berkenaan isu tersebut.
by Reporter Daily · 0
Saturday, January 15, 2011
KUALA LUMPUR 14 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan JAKIM harus tampil memberi penjelasan bersabit isu sebuah masjid di Kuala Lumpur yang dilaporkan diarah memperlahankan laungan azan.
Arahan itu dilaporkan dikeluarkan kepada masjid itu setelah ketiga-tiga pemimpin berkenaan dikatakan menerima surat daripada seorang bukan Islam yang membantah laungan azan Masjid Al- Ikhlasiah di Kampung Kerinchi.
Saturday, January 15, 2011 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 14 Januari - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.
Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas Exco negeri Perak A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 14 Januari - Kerajaan Negeri Selangor menolak laporan kononnya ia memberi persetujuan penuh kepada pelaksanaan Projek Loji Air Langat 2 sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana hari ini.
The New Straits Times hari ini memetik Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sebagai berkata kerajaan Selangor akhirrnya bersetuju dengan projek Langat 2 dan tender-tender pembinaan loji akan dipanggil dalam tempoh terdekat.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 14 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Selangor sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.
Pakar undang-undang, Profesor Dr Aziz Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.
by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 14 Januari - Polis telah menghantar rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah jiran blogger Rocky's Bru yang dipecah masuk 7 Januari lepas kepada Jabatan Forensik untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superitendant (SP) Abdul Razak Elias berkata rakaman CCTV tersebut terpaksa dihantar ke Jabatan Forensik kerana rakaman yang ditunjukkan tidak begitu jelas.
"Polis telah melihat rakaman tersebut dan memang nampak ada pergerakan namun identiti dan fizikal suspek tidak dapat dilihat dengan jelas... oleh itu ianya dihantar ke forensik untuk diteliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
by Reporter Daily · 0
Monday, January 10, 2011
SHAH ALAM 10 Januari - Selangor menjadi negeri pertama di negra ini yang menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia(MAPMAS), yang dirangka secara bersistem bagi memerangi penjenayah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa kini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kewujudan MAPMAS ini adalah lanjutan daripada usaha gigih kerajaan negeri memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang dilihat bukan sahaja tidak berhati perut malah tanpa rasa bersalah lantaran terpesona dengan ganjaran yang lumayan.

Monday, January 10, 2011 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 10 Januari - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa agar tidak keterlaluan menjalankan tugas terhadap pengamal media yang turut sama hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Mengulas insiden di mana seorang jurugambar portal berita Bernama, Hairul Nizam Baharin dikasari oleh bebrapa anggota polis bantuan semalam, Presiden NUJ, Hata Wahari berkata Hairul hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

SHAH ALAM 9 Januari - Penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia, Abun Sui Anyit dan Nicholas Mujah sebagai satu provokasi kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi, kata Baru Bian.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak ketika dihubungi TV Selangor turut menyatakan, kerajaan BN pimpinan Tan Sri Taib Mahmud gentar dengan perkembangan yang didedahkan oleh pejuang sosial negeri ini menerusi Pakatan Rakyat dan media alternatif.
"Saya berpendapat tangkapan ini berkaitan dengan politik kerana mereka sekarang ini takut bahawa kebenaran telah dikeluarkan dan ramai rakyat Sarawak kini tahu BN bersikap tidak adil terhadap rakyat Sarawak," katanya.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 9 Januari - Budayawan dan ahli politik tempatan bercanggah pendapat berkenaan novel kontroversi Interlok yang dianggap menyinggung masyarakat India.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan novel Interlok sebagai teks pelengkap bagi pembelajaran Sastera Tingkatan Lima untuk tempoh percubaan 10 tahun.
Tokoh budaya tempatan, Dinsman mempertahankan penggunaan buku Interlok agar dilihat sebagai satu karya seni seorang sasterawan negara dan bukan dijadikan alat politik oleh pihak tertentu.
by Reporter Daily · 0
KELANA JAYA 9 Januari - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 - 2013.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang memperlihatkan bebrapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.

KELANA JAYA 9 Januari - Kesemua 289 aduan yang diterima sepanjang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung akhir tahun lalu selesai disiasat dan surat telahpun dihantar kepada kesemua pengadu berkenaan aduan mereka.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua cabang PKR yang menghadapi kekecohan semasa pemilihan cabang tahun lalu akan diarahkan mengadakan pemilihan sebelum atau pada 15 Januari, 2011.
"Melainkan dua cabang iaitu cabang Kelana Jaya di Selangor dan cabang Semporna di Sabah di mana aduan yang berkaitan dengan proses pemilihan yang Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan selesaikan pada atau sebelum 15 January," jelas beliau.

KELANA JAYA 9 Januari - Penarikan diri oleh Datuk Jeffrey Kitingan dan 26 lagi ahli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa hari lalu hanya memberikan impak yang amat minima terhadap parti dan cabang asal Jeffrey iaitu Pensiangan.
Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan media arus perdana telah mengembar gemburkan isu tersebut.
Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan media arus perdana telah mengembar gemburkan isu tersebut.
by Reporter Daily · 0
Sunday, January 2, 2011
KUALA LUMPUR 1 Disember - Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan proaktif menyiasat dengan terperinci kes polis menembak mati suspek yang semakin hari semakin banyak kes-kes sebegitu didedahkan.Membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengatakan tiada lonjakan dalam kes polis menembak mati suspek, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata hanya kerana angka tersebut tidak besar tidak semestinya KDN tidak perlu mengambil perhatian.
Sunday, January 2, 2011 by Reporter Daily · 0
Thursday, November 25, 2010
SHAH ALAM 25 November - Edaran Utusan Malaysia tidak akan meningkat sebaliknya akan terus merosot sekiranya tidak membebaskan diri mereka dari ditakluk oleh parti politik yang juga pemerintah pada hari ini.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari ketika menjawab soalan TV Selangor melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkata, bukan sahaja Utusan yang akan mengalami nasib seumpama itu sebaliknya semua media arus perdana yang terkongkong di bawah parti politik akan mengalami nasib sama.

Thursday, November 25, 2010 by Reporter Daily · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)