Friday, October 8, 2010
KUALA LUMPUR 8 Oktober - Proton Holdings hanya mengalami impak minimum berikutan panggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo.
"Kami menjangkakan menerima reaksi negatif akibat panggilan itu, namun penyusutan harga saham Proton mungkin menyediakan peluang untuk membeli saham-saham pada paras rendah," kata MIDF Research hari ini.
Portal mStar melaporkan MIDF berkata ia bagaimanapun mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.

Friday, October 8, 2010 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 8 Oktober - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM310.8 bilion pada 30 September 2010.
Bank Negara Malaysia berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Paras rizab pada 30 September 2010 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi kerugian penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku ketiga.

by Reporter Daily · 0
KELANA JAYA 8 Oktober - Parti Keadilan Rakyat akan mengumumkan keputusan siasatan keatas Dr Lee Chong Meng yang terpilih sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang dalam pemilihan lalu, setelah mendapati beliau masih ahli MCA ketika itu.
"Biro Politik KEADILAN telah membincang kes Dr Lee ini. Kami akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat," kata Timbalan Presiden Senator Syed Husin Ali.
Pengerusi MCA Bukit Bintang itu semalam mengumumkan beliau meletak jawatan dari MCA dan secara rasmi menyertai PKR.

RAWANG 8 Oktober - Tiga individu yang ditahan kerana mempertahankan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Baru Rawang dari pencerobohan jentera Tenaga Nasional Bhd akan ditahan reman sehingga jam 12 tengahari esok.
Majistret Selayang menolak permohonan polis yang memohon supaya pembantu Adun Rawang, Alex Gan dan Kumaran, serta seorang penduduk dari kampung tersebut ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

SHAH ALAM 8 Oktober - Pimpinan kanan Gerakan Pulau Pinang cuba menafikan tuduhan salahlaku dari Pemuda Gerakan yang menuduh seorang pemimpin paling kanan parti itu merasuah para perwakilan bagi meraih sokongan untuk Pengerusi Datuk Dr Teng Hock Nan di mesyuarat tergempar Gerakan, Ahad depan.
Speaker Tan Sri Dr Chin Fook Weng cuba menepis tuduhan serius itu dengan berkata Pemuda Gerakan telah salah-faham.
Speaker Tan Sri Dr Chin Fook Weng cuba menepis tuduhan serius itu dengan berkata Pemuda Gerakan telah salah-faham.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 8 Oktober - Pengerusi Parti Tindakan Demokrat (DAP) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan surat layang yang menuduh pimpinan DAP menerima sogokan dari konsesi balak semasa Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak adalah tidak berasas.
Ngeh berkata kandungan surat itu bukan sahaja tidak munasabah, bahkan cuba mengaitkan semua pimpinan DAP, termasuk yang tidak ada kena-mengena dengan urustadbir Perak, seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ngeh berkata surat layang itu disebarkan kira-kira seminggu lalu, dan semua 19 Adun DAP menerimanya, termasuk juga Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR 8 Oktober - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menasihatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengutamakan tanggungjawab mereka membanteras jenayah dan bukannya menghabiskan sumber kerajaan semata-mata bagi menjaga imej pasukan itu.
Persuruhjaya SUHAKAM, Sha'ani Abdullah berkata polis harus memantapkan gerak-kerja pasukan itu, dan memperbaiki profesionalisma anggota dengan segera, yang tempang akibat kelemahan PDRM sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)