Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts
Monday, February 28, 2011
SHAH ALAM 28 Februari - Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dilihat bersikap hipokrit kerana meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.

Monday, February 28, 2011 by Reporter Daily · 0
Sunday, February 27, 2011
KERDAU 27 Februari - Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.
Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno-Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.
Sunday, February 27, 2011 by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 27 Februari - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Islam terkemuka, Dr Yusof Al-Qaradawi diselar sebagai sebagai 'manusia lidah bercabang' kerana Najib menganugerahkan gelaran tokoh Maal Hijrah kepada Yusof Al-Qadarawi dan pada masa yang sama melabelnya sebagai pengganas.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian semasa dihubungi TV Selangor berkenaan isu tersebut.
by Reporter Daily · 0
Monday, October 18, 2010
ANALYSIS 17 October - The impending Galas and Batu Sapi by-elections have come about unexpectedly, and will again serve as another important test of support by political parties on both sides. Twenty per cent of Galas and 38 percent of Batu Sapi voters are Chinese. The majority are bumiputeras.
Political and party insiders had attributed the drop in Chinese support for BN to have caused Galas, which used to be a BN stronghold, to fall to the opposition PAS in the last election. As much as 70 percent of the 2,500 Chinese voters were said to have marked PAS in their ballot papers.
But for Batu Sapi, it is a different scenario: BN took 78 percent of the Muslim bumiputera votes and garnered more than 50 per cent of the Chinese votes in 2008.
Considered to be another BN bastion, it has a mix of 60 percent Muslim bumiputera voters and 38 percent Chinese voters.
Monday, October 18, 2010 by Reporter Daily · 0
Monday, October 11, 2010
PASIR MAS 11 Oktober - PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober , kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.
Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.
Monday, October 11, 2010 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 11 Oktober - Para peneroka Felda mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menarik balik tuduhannya bahawa ladang peneroka Felda yang memilih untuk menanam semula sendiri sama seperti hutan yang dipenuhi babi hutan, ular, tikus dan kumbang.
Dalam satu sidang media pagi tadi di Parlimen, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman berkata tuduhan Ahmad Maslan amat tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan tidak patut dikatakan oleh seorang yang menjawatan tinggi dalam kerajaan.

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut memberikan data secara selektif berkenaan daya saing ekonomi negara.
Beliau yang ditemu di lobi Parlimen menjelaskan demikian terhadap kenyataan Mustapa Mohamad yang menyelar pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.

Wednesday, October 6, 2010
KOTA BHARU 5 Oktober - Pas sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang 3 M yang dibawa Umno Barisan Nasional (BN) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil itu.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata 3M itu merujuk kepada Money, Machienary, Media atau wang (rasuah), jentera dan media yang menjadi sinonim kepada pimpinan Umno BN setiap kali pilihan raya kecil berlangsung.

Wednesday, October 6, 2010 by Reporter Daily · 0
Tuesday, September 28, 2010
KOTA BAHARU 27 September - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Chek Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas yang meninggal dunia di Hospital Al-Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur, petang ini.
Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.
Katanya walaupun Chek Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

Tuesday, September 28, 2010 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 27 September - Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.
"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.

Wednesday, September 8, 2010
KOTA BAHARU, Sept 6 (Bernama) -- PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat today reiterated his statement that non-Muslims can enter mosques. Nik Aziz who is also the Kelantan Menteri Besar said those who were questioning his statement were actually trying to turn it into a political issue.Wednesday, September 8, 2010 by Reporter Daily · 0
Friday, September 3, 2010
Kerajaan patut menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak menentang tindakan tersebut tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."
"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat," tegas beliau.
Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta dengan alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Friday, September 3, 2010 by Reporter Daily · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)