Saturday, January 15, 2011
KUALA LUMPUR 14 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan JAKIM harus tampil memberi penjelasan bersabit isu sebuah masjid di Kuala Lumpur yang dilaporkan diarah memperlahankan laungan azan.
Arahan itu dilaporkan dikeluarkan kepada masjid itu setelah ketiga-tiga pemimpin berkenaan dikatakan menerima surat daripada seorang bukan Islam yang membantah laungan azan Masjid Al- Ikhlasiah di Kampung Kerinchi.
Saturday, January 15, 2011 by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 14 Januari - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.
Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas Exco negeri Perak A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 14 Januari - Kerajaan Negeri Selangor menolak laporan kononnya ia memberi persetujuan penuh kepada pelaksanaan Projek Loji Air Langat 2 sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana hari ini.
The New Straits Times hari ini memetik Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sebagai berkata kerajaan Selangor akhirrnya bersetuju dengan projek Langat 2 dan tender-tender pembinaan loji akan dipanggil dalam tempoh terdekat.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 14 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Selangor sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.
Pakar undang-undang, Profesor Dr Aziz Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.
by Reporter Daily · 0
KUALA LUMPUR 14 Januari - Polis telah menghantar rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah jiran blogger Rocky's Bru yang dipecah masuk 7 Januari lepas kepada Jabatan Forensik untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superitendant (SP) Abdul Razak Elias berkata rakaman CCTV tersebut terpaksa dihantar ke Jabatan Forensik kerana rakaman yang ditunjukkan tidak begitu jelas.
"Polis telah melihat rakaman tersebut dan memang nampak ada pergerakan namun identiti dan fizikal suspek tidak dapat dilihat dengan jelas... oleh itu ianya dihantar ke forensik untuk diteliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
by Reporter Daily · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)