Monday, January 10, 2011
Kesemua Aduan Pemilihan PKR Selesai Disiasat, Enam Cabang Adakan MATC Semula
Do you like this story?
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua cabang PKR yang menghadapi kekecohan semasa pemilihan cabang tahun lalu akan diarahkan mengadakan pemilihan sebelum atau pada 15 Januari, 2011.
"Melainkan dua cabang iaitu cabang Kelana Jaya di Selangor dan cabang Semporna di Sabah di mana aduan yang berkaitan dengan proses pemilihan yang Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan selesaikan pada atau sebelum 15 January," jelas beliau.
Kata beliau, masalah yang dihadapi di cabang Kelana Jaya ialah berkenaan majoriti pemenang yang amat kecil dan cabang Semporna pula berkaitan dengan kerosakan pada kotak undi.
Selain itu, enam cabang lain yang meghadapi masalah kekecohan hingga MATC tidak dapat dijalankan dengan sempurna akan diarahkan oleh MPN negeri berkenaan untuk mengadakan MATC semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Cabang-cabang tersebut adalah Batu Sapi, Jerai, Kuala Langat, Kapar, Klang, dan cabang Subang.
"MPP akan mengarahkan supaya MPN menetapkan satu tarikh MATC cabang-cabang ini diadakan. MPN yang terbabit ialah Sabah, Kedah dan Selangor.
"Apabila tarikh ditentukan oleh MPN maka JPP akan menjalankan tanggungjawab mereka 'acordingly'," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan Jawatankuasa Disiplin juga telah mengeluarkan 43 surat tunjuk sebab yang membabitkan salah laku dan kesalahan disiplin yang diadu kepada ibupejabat parti dan ini termasuk juga surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.
Katanya lagi, kesemua ahli yang menerima surat tunjuk sebab akan diberi tempoh 10 hari ke dua minggu untuk memberikan reaksi terhadap surat berkenaan, seperti yang termaktub dalam Fasal 27 Perlembagaan Parti.
"Jika sekiranya mereka menerima surat tunjuk sebab, mereka membalas surat tunjuk sebab itu, Jawatankuasa Disiplin akan meneliti jawapan mereka. Jika sekiranya berpuashati, samada ada kes ataupun tiada kes.
"Jika tiada kes, dia akan dimaklumkan bahawa tiada tindakan disiplin. Kalau ada kes yang perlu dijawab, maka dia akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin," jelas beliau.
Tambah beliau, sekiranya si penama yang menerima surat tunjuk sebab berdiam diri dan tidak memberikan reaksi sehingga tempoh yang diberi tamat maka JD boleh terus mencadangkan tindakan disiplin kepada MPP samada memberikan surat amaran, menggantung keahlian ataupun memecat ahli tersebut daripada keanggotaan parti.
"Apabila JD mencadangkan sesuatu hukuman, JD akan memaklumkan kepada MPP yang kemudiannya, samada mengesahkan ataupun melakukan pindaan tehadap keputusan, itu prosedur parti," jelas beliau.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Kesemua Aduan Pemilihan PKR Selesai Disiasat, Enam Cabang Adakan MATC Semula”
Post a Comment