Saturday, January 15, 2011

Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar Menyemak Semula Keputusan SPR


KUALA LUMPUR 14 Januari - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas Exco negeri Perak A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Oktober, 2009, mereka diberi kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, mereka adalah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Kesemua mereka memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan surat perintah bagi memaksa SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Kesemua pemohon bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk S Ambiga.

0 Responses to “Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar Menyemak Semula Keputusan SPR”

Post a Comment