Showing posts with label Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Keadilan. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Khalid Samad: Cuma Ubah Logo, BN Kekal Corak Lama


KUALA LUMPUR 25 November - Perubahan logo Barisan Nasional (BN) hanyalah perubahan kosmetik sedangkan barisan pimpinan parti itu masih lagi mengekalkan corak kepimpinan di takuk lama.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata apa yang diinginkan rakyat sebenarnya adalah perubahan kerajaan dan bukan sekadar perubahan logo semata-mata.

"Umno-BN masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang sama, tetap tidak ditangani dan tidak ada perubahan sebagaimana yang sepatutnya berlaku.


Continue Reading >>

Thursday, November 25, 2010 by Reporter Daily · 0

Court Dismissed Jenapala's Suit Against PKR

KUALA LUMPUR 25 November - The Kuala Lumpur High Court has dismissed the suit brought by former PKR deputy secretary-general P Jenapala against the party.

High Court (Appeals and Special Powers division) justice Aziah Ali said the court does not have the jurisdiction to intervene in matters affecting political party.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Monday, October 25, 2010

BN Sabah Masih Gagal Urus Air Sabah Hingga Kini

SANDAKAN 25 Oktober - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pimpinan Barisan Nasional(BN) Sabah yang sehingga kini tidak berjaya menyelesaikan masalah asas masyarakat Sabah khusus isu pengurusan air.

Beliau menggesa agar keutamaan diberi kepada isu ini sebelum membincangkan isu-isu besar yang lebih sukar ditangani.

"Masalah api dan air pun tak selesai, ini di Sandakan. Saya hairan jika ada orang Sandakan nak sokong Barisan Nasional, jangan fikir pembangunan, jangan fikir kesaksamaan iaitu isu berat-berat, isu air pun tak boleh selesai, ini di Sabah isu air takde 'supply'," kata Anwar.

Continue Reading >>

Monday, October 25, 2010 by Reporter Daily · 0

Perjuangan PKR Disambut Baik Di Batu Sapi

SANDAKAN 25 Oktober - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Yahya Saari menegaskan rakyat Sabah kini sudah tidak takut lagi dengan perjuangan PKR dan sudah menerima dengan baik agenda perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Jadi dengan kehadiran kita sebagai parti yang memperjuangkan rakyat dan kita turun bertemu dengan rakyat mereka memberikan sambutan yang cukup baik dan penuh semangat dan mereka tidak takut lagi.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Bekas USNO Sedia Menangkan Calon PKR di Batu Sapi

KUALA LUMPUR 25 Oktober - Bekas Ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) kini mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat dan bersedia berkerjasama memenangkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Penaja pertubuhan itu, Datuk Badaruddin Tun Datuk Haji Mustapha memberitahu, mereka beralih angin menyokong Pakatan Rakyat akibat kecewa dengan sikap kerajaan khususnya bahagian Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia yang menolak permohonan mereka untuk menubuhkan Kelab Usno Sabah.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Tuesday, October 19, 2010

PR Tuntut Kerajaan Umno-BN Perjelas Belanja Wang KWSP

KUALA LUMPUR 18 Oktober - Pemimpin Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan kepada umum tujuan cadangan pelaburan dana 20 peratus dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM75.3 juta ke luar negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang ditemui di lobi parlimen berkata, kerajaan seolah-olah tidak menyedari pendirian yang diambil dahulu bagi mempertahankan dana awam agar tidak berlaku kerugian namun tetapi cadangan di dalam parlimen baru-baru ini adalah sebaliknya.

Continue Reading >>

Tuesday, October 19, 2010 by Reporter Daily · 0

Monday, October 18, 2010

Menteri, Timbalan Angkuh Ketepikan Keluhan Warga Felda

KUALA LUMPUR 18 Oktober - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan.

Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan.

Continue Reading >>

Monday, October 18, 2010 by Reporter Daily · 0

Kontraktor Istana Negara Tiada Sijil PKK, CIDB

KUALA LUMPUR 18 Oktober - Tindakan kerajaan memberikan kontrak pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta kepada sebuah syarikat, Maya Maju (M) Sdn Bhd yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menimbulkan kesangsian kepada rakyat.

Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pagi tadi yang memetik laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bahawa syarikat tersebut yang dimiliki Datuk Haji Man Mat, bekas Bendahari Umno Merbok didaftarkan pada Ogos 2008, berstatus 'dorman' dan kontrak pembinaan istana pula diberikan pada 26 Oktober, 2007.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Galas, Batu Sapi Vs People of Malaysia

azlanANALYSIS 17 October - The impending Galas and Batu Sapi by-elections have come about unexpectedly, and will again serve as another important test of support by political parties on both sides.

Twenty per cent of Galas and 38 percent of Batu Sapi voters are Chinese. The majority are bumiputeras.

Political and party insiders had attributed the drop in Chinese support for BN to have caused Galas, which used to be a BN stronghold, to fall to the opposition PAS in the last election. As much as 70 percent of the 2,500 Chinese voters were said to have marked PAS in their ballot papers.

But for Batu Sapi, it is a different scenario: BN took 78 percent of the Muslim bumiputera votes and garnered more than 50 per cent of the Chinese votes in 2008.

Considered to be another BN bastion, it has a mix of 60 percent Muslim bumiputera voters and 38 percent Chinese voters.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Sunday, October 17, 2010

Pemilihan Lancar Mencermin Komitmen, Kerja Keras Untuk PRU-13

KUALA LUMPUR 17 Oktober - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap proses pencalonan dan pemilihan yang berjalan lancar menggambarkan komitmen dan kerja keras untuk fokus kepada kejayaan dalam PRU-13.

"Alhamdulillah selesai sudah Proses Penerimaan Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2010.

Continue Reading >>

Sunday, October 17, 2010 by Reporter Daily · 0

Komited Jadikan Kerajaan PR Selangor Model Kerajaan Persekutuan

SHAH ALAM 17 Oktober - Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau komited untuk menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor sebagai model kepada kerajaan persekutuan kelak.

"Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Perseketuan.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Monday, October 11, 2010

Kerajaan Juga Selektif Umum Daya Saing Negara

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut memberikan data secara selektif berkenaan daya saing ekonomi negara.

Beliau yang ditemu di lobi Parlimen menjelaskan demikian terhadap kenyataan  Mustapa Mohamad yang menyelar pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.



Continue Reading >>

Monday, October 11, 2010 by Reporter Daily · 0

Wanita Pertama Negara Maju Elak Hadir Program Rosmah

SHAH ALAM 9 Oktober - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Khalid Tawar Tanding Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM 10 Oktober - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat tetapi keputusan muktamad beliau bergantung kepada sebuah jawatankuasa khas yang akan menentukan kesan tindakannya itu terhadap  perpaduan parti.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan oleh Khalid sendiri, merangkumi Syed Shahir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.



Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Saturday, October 9, 2010

Court Rules Removal of Sivakumar Was Legit And Valid

PUTRAJAYA 8 October - The court cannot interfere in matters that transpired in Perak state assembly proceedings and its resolution over the removal of V Sivakumar as the speaker, the Court of Appeal said.

Justice Abdul Malik Ishak said whatever had taken place on May 7 last year in the Perak state assembly where Sivakumar was removed as the speaker and was replaced with R Ganesan, was legitimate and validly done according to the law.


Continue Reading >>

Saturday, October 9, 2010 by Reporter Daily · 0

Anwar's Lawyers Recall Events At Hotel With Rahimi

SHAH ALAM 8 October - The saga surrounding Anwar Ibrahim's lengthy sodomy trial took yet another twist on Wednesday when his lawyers were accused of having a hand in two disputed statutory declarations implicating Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife.

In his police report, Anwar's former aide Rahimi Osman said that PKR lawyers Latheefa Koya and Saiful Izham Ramli had forced him to sign the declarations.


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Friday, October 8, 2010

PKR Siasat Perlantikan Ahli MCA Selaku Ketua Cabang

KELANA JAYA 8 Oktober - Parti Keadilan Rakyat akan mengumumkan keputusan siasatan keatas Dr Lee Chong Meng yang terpilih sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang dalam pemilihan lalu, setelah mendapati beliau masih ahli MCA ketika itu.

"Biro Politik KEADILAN telah membincang kes Dr Lee ini. Kami akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat," kata Timbalan Presiden Senator Syed Husin Ali.

Pengerusi MCA Bukit Bintang itu semalam mengumumkan beliau meletak jawatan dari MCA dan secara rasmi menyertai PKR.

Continue Reading >>

Friday, October 8, 2010 by Reporter Daily · 0

Tiga Individu Pertahan Tanah Kerajaan Negeri Direman 24 Jam

RAWANG 8 Oktober - Tiga individu yang ditahan kerana mempertahankan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Baru Rawang dari pencerobohan jentera Tenaga Nasional Bhd akan ditahan reman sehingga jam 12 tengahari esok.

Majistret Selayang menolak permohonan polis yang memohon supaya pembantu Adun Rawang, Alex Gan dan Kumaran, serta seorang penduduk dari kampung tersebut ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Profesionalisme Polis Tempang Akibat Kelemahan PDRM

KUALA LUMPUR 8 Oktober - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menasihatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengutamakan tanggungjawab mereka membanteras jenayah dan bukannya menghabiskan sumber kerajaan semata-mata bagi menjaga imej pasukan itu.

Persuruhjaya SUHAKAM, Sha'ani Abdullah berkata polis harus memantapkan gerak-kerja pasukan itu, dan memperbaiki profesionalisma anggota dengan segera, yang tempang akibat kelemahan PDRM sendiri.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Wednesday, October 6, 2010

Khalid to contest for PKR 'high position'

SHAH ALAM 5 October - Former PKR secretary-general Khalid Ibrahim has announced that he will contest for a "high position" in the upcoming party polls but refused to reveal any specifics.

"As one of the party leaders and the Menteri Besar of a Pakatan Rakyat Government, I see the need to make a decision that is brave, bold and wise, to ensure party unity is intact. I hereby offer myself to contest for a position within the party's top leadership," he said.

Khalid (left) added that he will only reveal the position that he is gunning for on Oct 10, after PKR de facto leader Anwar Ibrahim returns from overseas.

Continue Reading >>

Wednesday, October 6, 2010 by Reporter Daily · 0