Monday, January 10, 2011

'Pukul' Jurugambar : NUJ Desak Polis Agar Tidak Keterlaluan


KUALA LUMPUR 10 Januari - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa agar tidak keterlaluan menjalankan tugas terhadap pengamal media yang turut sama hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Mengulas insiden di mana seorang jurugambar portal berita Bernama, Hairul Nizam Baharin dikasari oleh bebrapa anggota polis bantuan semalam, Presiden NUJ, Hata Wahari berkata Hairul hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.
"Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan," kata Hata.

Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.

Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas seperti biasa, mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan "ganas" itu, Hata menyifatkan tangkapan itu juga dibuat secara salah apabila Hairul digari dan dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.

"Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh," kata Hata yang juga seorang wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia.

0 Responses to “'Pukul' Jurugambar : NUJ Desak Polis Agar Tidak Keterlaluan”

Post a Comment