Friday, September 3, 2010

Diskaun Tol untuk Hari Raya

KUALA LUMPUR 3 Sep -  Bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada pengguna termasuk pengecualian dan diskaun kadar tol.


Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian dan diskaun kadar tol sehingga 40 peratus itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat konsesi kepada rakyat.

Continue Reading >>

Friday, September 3, 2010 by Reporter Daily · 0

Editor Sarawak Tribute digantung kerja mencetak berita dari Bernama mengenai Taib Mahmud

- dipetik dari mStar

Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Jelaskan pemberian bonus RM900 juta tetapi subsidi rm750 juta ditarik

Kerajaan patut menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak menentang tindakan tersebut tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat," tegas beliau.
Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta dengan alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0