Sunday, February 27, 2011
Najib Digesa Mohon Maaf Kepada Yusof Al-Qaradawi
Do you like this story?
SHAH ALAM 27 Februari - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Islam terkemuka, Dr Yusof Al-Qaradawi diselar sebagai sebagai 'manusia lidah bercabang' kerana Najib menganugerahkan gelaran tokoh Maal Hijrah kepada Yusof Al-Qadarawi dan pada masa yang sama melabelnya sebagai pengganas.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian semasa dihubungi TV Selangor berkenaan isu tersebut.
"Ini satu lagi sikap manusia lidah bercabang sedangkan Malaysia baru saja menganugerahkan kepada dia tokoh Maal Hijrah sebagai cendikiawan Islam," katanya yang dihubungi TV Selangor.
"Ini satu lagi sikap manusia lidah bercabang sedangkan Malaysia baru saja menganugerahkan kepada dia tokoh Maal Hijrah sebagai cendikiawan Islam," katanya yang dihubungi TV Selangor.
Idris seterusnya mencabar Najib menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah daripada ulamak itu sekiranya Najib Razak enggan meminta maaf.
"Sudah pasti dia perlu meminta maaf, kalau tidak kita cabar dia tarik balik anugerah Dr Yusuf kalau dia seorang pengganas," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty turut senada dengan apa yang disuarakan pemimpin Pas sebelum ini.
"Kenyataan beliau ini senada dengan kuasa barat yang menyenaraikan Dr Yusuf dalam senarai sebagai kelompok ganas atau ekstrem. Ini kenyataan berbahaya dan dikesali oleh pendukung gerakan Islam di seluruh dunia," jelas beliau.
Terdahulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan tekanan mereka terhadap Najib yang semberono menuduh ulamak tersohor itu serta gerakan Islam antarabangsa, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Najib Digesa Mohon Maaf Kepada Yusof Al-Qaradawi”
Post a Comment