Sunday, January 2, 2011
KDN Perlu Bertindak Walaupun Angka Kematian Kecil
Do you like this story?
KUALA LUMPUR 1 Disember - Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan proaktif menyiasat dengan terperinci kes polis menembak mati suspek yang semakin hari semakin banyak kes-kes sebegitu didedahkan.
Membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengatakan tiada lonjakan dalam kes polis menembak mati suspek, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata hanya kerana angka tersebut tidak besar tidak semestinya KDN tidak perlu mengambil perhatian.
"Walaupun satu kes tetapi ia perlu disiasat dengan terperinci, dan tidak sepatutnya berlaku. Kita mahu memastikan bahawa tidak ada orang yang tidak bersalah dikenakan hukuman sebelum mereka didapati bersalah," tegas beliau.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokrat (DAP berkata prinsip ini perlu diutamakan dan meminta agar KDN tidak melihat dengan perkara-perkara seperti ini dengan satu sikap yang tidak serius.
Antony Loke seterusnya berkata hampir kesemua suspek yang ditembak polis telah mati dan adalah mustahil untuk mendapat keterangan daripada si mati, maka beliau berpendapat si mati juga berhak mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
"Saya tidak mengatakan saya tidak mahu menuduh pihak polis dengan apa-apa tuduhan tetapi, biarlah satu siasatan yang terperinci yang lebih profesional dijalankan untuk mencari pucna sebenar, apa yang berlaku semasa kejadian itu supaya perkara-perkara ini dapat dielakkan dalam masa-masa yang akan datang," tegas beliau lagi.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “KDN Perlu Bertindak Walaupun Angka Kematian Kecil”
Post a Comment