Wednesday, October 6, 2010
KPT Cuba 'Ternak Mahasiswa Dalam Kandang'
Do you like this story?
SHAH ALAM 5 Oktober - Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Kementerian Pengajian Tinggi tidak terlalu rigid dalam soal penyertaan mahasiswa dalam politik kerana arahan sedemikian hanya ‘menternak mahasiswa dalam kandang kampus.’
Beliau menegaskan mahasiswa memiliki peranan dalam politik dan mereka wajar diberi pendedahan supaya memiliki sikap bertanggungjawab dalam menentu hala pentadbiran Negara pada masa depan.
“Ini adalah peranan mahasiswa. Jangan ‘ternak’ mahasiswa di kampus dengan dunia yang terhad. Beri pendedahan supaya mahasiswa sedar mereka ada satu lagi tanggungjawab . Tidak salah mereka terlibat dalam berpoltik terutamanya pilihan raya kecil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meminta mahasiswa mematuhi garis panduan dalam menyertai sesebuah pilihan raya kecil.
Bagaimanapun, Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak pada hari sama pula membuat kenyataan bercanggah apabila menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik dan tindakan tegas akan dibuat jika berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, kerajaan harus konsisten dalam pendiriannya terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik supaya tidak timbul kekeliruan hingga menyusahkan mahasiswa.
"Mesti ada konsisten. Apa yang berlaku kerajaan seolah-olah mahu menjaga hati mahasiswa dengan membenarkan mereka berpolitik dengan kononnya bersikap terbuka tetapi bila pilihan raya wujud ada tekanan dari pihak universiti.
“Dari satu sisi, kita lihat ada keterbukaan dan di satu sisi lagi, kita lihat wujud tekanan dari pihak tertinggi universiti untuk menghalang mahasiswa berpolitik. Ini jelas menunjukkan ada pencanggahan," katanya.
Selain itu, Shamsul berpendapat penglibatan mahasiswa dalam poltik adallah perkara yang baik tetapi mereka dingat supaya bijak membezakan antara penglibatanpolitik dengan politik kepartian.
"Pilihan raya ini adalah sebahagian sistem politik. Tidak kiralah mereka cenderung menyokong mana-mana parti, kenapa harus halang mereka? Soal mereka mahu menyokong parti politik mana adalah perkara berbeza," katanya.

This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “KPT Cuba 'Ternak Mahasiswa Dalam Kandang'”
Post a Comment