Wednesday, October 6, 2010
Gerakan Menuju Kejatuhan - Keng Yaik
Do you like this story?
Pengumuman beliau memaksa parti itu mengadakan mesyuarat mengejut di kalangan ahli pada malam ini untuk membincangkan cara Keng Yaik menarik kembali keputusannya dan kembali ke pangkuan Gerakan.
Menurut The Malaysian Insider, pimpinan Gerakan enggan menerima perletakan jawatan Lim petang semalam dan sedang mencari jalan membawa beliau masuk semula.
"Kita tidak menerima. Kepimpinan parti sedang mencari jalan untuk berbincang dengan beliau," kata Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.
Bagaimanapun, usaha parti adalah sia-sia kerana Keng Yaik tidak lagi berminat untuk mendengar hujah dari pemimpin Gerakan yang diterajui Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
"Saya tidak mahu tunggu bila pemimpin parti membawa kepada kemerosotan. Saya tidak mahu tunggu dan kemudian orang berkata saya memberi nasihat yang salah. Tidak boleh," kata beliau lagi.
Pengumuman peletakan jawatan ketika sidang media di Universiti Terbuka Wawasan semalam mengakibatkan lebih banyak masalah dalam parti Barisan Nasional yang sudah pun terkapai-kapai.
Keng Yaik menyatakan, beliau sudah bosan dengan cara Tsu Koon dan bertegas tidak akan bersama parti itu lagi walaupun tindakannya akan memberi implikasi buruk terhadap kestabilan parti.
"Jika saya tidak memaksa beliau untuk melakukan sesuatu, maka parti perlu membuat keputusan apa yang harus dilakukan seterusnya," kata beliau.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Gerakan Menuju Kejatuhan - Keng Yaik”
Post a Comment