Wednesday, October 6, 2010
PAS sudah bersedia untuk taktik 3M Umno-BN
Do you like this story?
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata 3M itu merujuk kepada Money, Machienary, Media atau wang (rasuah), jentera dan media yang menjadi sinonim kepada pimpinan Umno BN setiap kali pilihan raya kecil berlangsung.
Menganggapnya sebagai taktik lapuk, beliau berkata Pas akan cuba melawan amalan 3M itu melalui risalah penerangan kepada rakyat mengenai hal sebenar termasuk pengkhianatan dalam isu royalty minyak dan keupayaan kerajaan Kelantan sepanjang 20 tahun pentadbiran.
“Mereka guna 3M. Semua akan dilonggokkan di Galas dan itu menjadi kekuatan mereka. Kita akan cuba lawan balik melalui risalah dan memastikan ia sampai ke tangan pengundi.
“Kita terangkan pencapaian Pas Kelantan dan isu pengkhianatan pemimpin Umno Kelantan terhadap royalti minyak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Idris menyifatkan semua janji BN pada pilihan raya kecil hanya strategi memenangi hati pengundi sedangkan ia hanya permainan kata-kata Umno BN hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebagaimana janji jambatan di Manek Urai.
Sebelum ini, kerajaan Pusat menawarkan jambatan baru yang dianggar bernilai RM7 juta hingga RM10 juta jika pengundi memilih BN dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai Julai tahun lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mengesyaki Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani mengetuai kempen pilihan raya Umno BN kerana bimbang dengan janji Manek Urai.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “PAS sudah bersedia untuk taktik 3M Umno-BN”
Post a Comment