Wednesday, October 6, 2010
Ramlan Perosak PKR, Bukan Reformis
Do you like this story?
"Kami mengakui ahli kami mendapat lesen perniagaan di Uptown Gombak, tetapi ia dipohon oleh ahli-ahli kami yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan seumpama itu khususnya di Jalan Masjid India, KL,” katanya pada satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat bersama Ahli Jawatankuasa API iaitu Presidennya, Badrul Hisham Hanafiah, Timbalannya, Mohd Hamdi Said, Setiausaha, Norzairi Jantan dan Bendahari, Abdul Rahman Hackeem.
"Ia bukanlah sebagai imbuhan untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor seperti yang didakwa Ramlan" kata mereka.
API adalah kumpulan yang mewakili lebih 1,000 aktivis reformasi di seluruh Malaysia.
"Ramlan Abu Bakar bukanlah seorang aktivis reformasi kerana beliau tidak pernah terlibat dalam kegiatan reformasi sejak 1998," kata mereka sambil menegaskan aktivis reformasi menyokong penuh kepimpinan Abdul Khalid.
"Ramlan tidak dikenali dikalangan aktivis reformasi. Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang beliau mengaku sebagai presiden bukanlah kumpulan yang mewakili aktivis reformasi," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan berkenaan juga menolak tanggapan kononnya Ramlan seorang reformis, sebaliknya sebagai ejen perosak yang kenyataannya bersifat fitnah dan berniat jahat serta dipercayai didalangi pihak luar yang mahu melaga-lagakan Azmin dan Khalid.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Ramlan Perosak PKR, Bukan Reformis”
Post a Comment