Wednesday, October 6, 2010
Mahkamah Ketepi Perintah Adnan Bayar RM70 Juta
Do you like this story?
Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri.
Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan.
Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan.
Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu.
SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.
Bagaimanapun, pada 9 Okt 2009, Adnan berjaya dalam permohonan mengenepikan perintah mandamus daripada Mahkamah Rayuan, sekaligus memaksa SGMSB memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Dalam mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa SGMSB silap dalam menamakan Menteri Besar sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi bagi menuntut amun penghakiman daripada kerajaan negeri.
Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat pegawai kewangan negeri harus dinamakan sebagai pihak dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mandamus.
Dalam prosiding hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, memerintahkan SGMSB tidak melepasi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Cheng Yuen membantah manakala seorang lagi panel hakim ialah Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Mahkamah juga memerinthan SGMSB membayar kos perundangan sebanyak RM10,000
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Mahkamah Ketepi Perintah Adnan Bayar RM70 Juta”
Post a Comment