Friday, September 24, 2010

Syed Husin Enggan Layan Zaid

SHAH ALAM 23 September - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan Zaid Ibrahim terhadapnya, selepas bekas Menteri Undang-undang itu melabelkan beliau sebagai nyanyu yang bermaksud merepek.

Zaid juga dilaporkan menuduh Syed Husin sebagai "nyanyuk" kerana kononnya memperkecilkan peranan beliau dalam Pakatan Rakyat.
Zaid kemudian menafikan mengguna ungkapan itu dan berkata apa yang dimaksudkannya ialah Syed Husin adalah nyanyu dan bukan nyanyuk.

Kedua-dua kenyataan Zaid yang melabelkan Syed Husin nyanyuk dan nyanyu disiarkan oleh portal Free Malaysia Today.

Zaid adalah antara pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dilepaskan oleh Syed Husin pada pemilihan PKR November depan.

Syed Husin memberitahu TV Selangor, beliau tidak akan memberikan sebarang reaksi kepada tuduhan Zaid ataupun penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.

"Dia (Zaid) sentiasa (beri kenyataan) berubah-ubah. Biarlah apa alasan yang dia hendak bagi. Tidak mengapa," kata Syed Husin yang berkecimpung dalam politik untuk lebih lima dekad.

0 Responses to “Syed Husin Enggan Layan Zaid”

Post a Comment