Friday, September 24, 2010
Saman Anwar Terhadap Saiful bermula 10 Jan
Do you like this story?
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Khairul Farhi Yusob menetapkan 10 Jan tahun depan bagi pengurusan kes selepas berjumpa dengan peguam Jason Tay yang mewakili Ketua Pembangkang itu di dalam kamar hari ini.
Tay turut membuat sebutan bagi pihak peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful.
Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 14 Okt dan juga pada November dan Disember untuk sambung bicara kes liwat Anwar.
Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful,25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.
Beliau mendakwa hasil daripada laporan polis itu, maruah beliau telah tercemar dan beliau menanggung penderitaan dan aib.
Mohd Saiful, dalam pernyataan balasannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu mempunyai justifikasi dan sekiranya perkara itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan liwat.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Saman Anwar Terhadap Saiful bermula 10 Jan”
Post a Comment