Friday, September 24, 2010
Pemilihan PKR: Dua laporan polis dibuat hari ini
Do you like this story?
ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar membuat laporan polis berhubung SMS yang diedarkan sejak tiga minggu lalu, yang menuduhnya menyalahguna kuasa sebagai anggota exco kerajaan Selangor.
Antaranya ialah dakwaan yang beliau membeli sebuah banglo di Subang berharga RM3.5 juta. Tetapi apa yang mendorongnya untuk membuat laporan polis ialah dakwaan yang beliau akan memberikan darjah kebesaran negeri kepada penyokongnya.
"Ia adalah di luar kuasa saya dan merupakan hak prerogatif sultan," katanya yang menyifatkan tindakan tersebut bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya ketika proses pemilihan parti memasuki peringkat akhir.
Xavier memberitahu demikian ketika dihubungi selepas membuat laporannya di ibu pejabat polis Klang.
Xavier, yang mempertahankan jawatannya ketua cabang Kota Raja, mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut supaya tampil menyerah bukti kepada pihak berkuasa atau membuat laporan polis.
Sementara itu, seorang ketua Pemuda MIC membuat laporan polis terhadap cabang PKR Petaling Jaya Selatan yang didakwa mendaftar namanya sebagai ahli parti itu tanpa pengetahuannya.
Nitesh Malani Mahendra Kumar menyifatkannya sebagai satu "misteri besar" bagaimana cabang itu memperolehi butiran dirinya dan mendaftarnya dengan nombor keahlian B140002115.
Katanya, beliau hanya mendapat tahu mengenainya selepas menerima surat pada hari Isnin, yang memaklum kepadanya mengenai mesyuarat PKR agung cabang tersebut.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Pemilihan PKR: Dua laporan polis dibuat hari ini”
Post a Comment