Friday, September 24, 2010
Hormati Sumbangan dan Pengorbanan Pimpinan PKR
Do you like this story?
Nurul menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media petang tadi.
Ketika diminta mengulas tindakan Zaid melabelkan timbalan presiden parti Syed Husin Ali sebagai 'nyanyuk' dan 'nyanyu', Nurul berkata kenyataan beliau cukup jelas bagi mencerminkan pendiriannya.
“Hargailah sumbangan pimpinan daripada pelbagai peringkat, pengorbanan mereka dalam membentuk gerakan reformasi kepada sebuah parti politik yang akan mentadbir negara ini bersama-sama Pakatan Rakyat,” kata Nurul Izzah.
Pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden PKR Azmin Ali sebelum itu meminta Zaid untuk menarik balik kenyataan kurang sopannya terhadap Syed Husin.
Timbalan Presiden PKR itu sendiri berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan Zaid terrhadapnya.
Zaid juga dilaporkan menuduh Syed Husin sebagai "nyanyuk" kerana kononnya memperkecilkan peranan beliau dalam Pakatan Rakyat.
Zaid kemudian menafikan mengguna ungkapan itu dan berkata apa yang dimaksudkannya ialah Syed Husin adalah nyanyu dan bukan nyanyuk.
Kedua-dua kenyataan Zaid yang melabelkan Syed Husin nyanyuk dan nyanyu disiarkan oleh portal Free Malaysia Today.
Zaid adalah antara pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dilepaskan oleh Syed Husin pada pemilihan PKR November depan
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Hormati Sumbangan dan Pengorbanan Pimpinan PKR”
Post a Comment