Friday, September 24, 2010

Majlis Peguam Patut Disiplinkan Peguam Bermasalah

KUALA LUMPUR 23 September - Peguam veteran, Karpal Singh mempertikaikan pendirian Majlis Peguam yang mengatakan mereka tidak dapat bertindak ke atas peguam bermasalah kerana tiada kuasa ke atas kehidupan peribadi mereka.

Katanya, peguam bela mahupun peguam cara yang mempalitkan imej Majlis Peguam melalui gaya hidup peribadi mereka seharusnya dikenakan tindakan jika ada bukti supaya profesion guaman dihormati.

"Majlis Peguam tidak boleh mengabaikan tingkah laku seperti itu.


"Ada kes peguam bela dan peguam cara mempunyai kehidupan peribadi yang disahkan Mahkamah Tinggi sebagai fakta bahawa ia adalah pelakon laki-laki dalam satu rakaman video lucah,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Merujuk kepada bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat DP Vijandran, beliau kesal kerana Majlis Peguam kekal membisu dan tidak menitik beratkan keperluan untuk membersihkan nama majlis itu.

Vijandran yang juga bekas Setiausaha Agung MIC, kekal sebagai peguam sehingga  ke hari ini.

0 Responses to “Majlis Peguam Patut Disiplinkan Peguam Bermasalah”

Post a Comment