Friday, September 24, 2010
Saya Meneruskan Perjuangan Atas Semangat Reformasi - Nurul Izzah
Do you like this story?
“Benar, saya anak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Saya tidak boleh padam hakikat itu. Tetapi, saya juga anak reformasi.
“Atas semangat reformasi ini, saya meneruskan perjuangan. Saya berdiri atas diri sendiri,” katanya ketika selepas mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR.
Nurul Izzah yang dikenali sebagai Puteri Reformasi turut meluahkan rasa terharu atas pencalonannya dan berterima kasih kepada ahli parti yang mencalonkan beliau.
"Saya adalah antara yang bertuah kerana dapat menjadikan saksi dalam gerakan reformasi 12 tahun lalu," katanya pada sidang media, hari ini.
Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menerima lapan pencalonan menganggap kepercayaan ahli PKR sebagai peluang memikul tanggungjawab parti.
Diminta mengulas dakwaan portal berita Free Malaysia Today (FMT) kononnya beliau menyokong Datuk Zaid Ibrahim bagi saingan kerusi timbalan presiden, Nurul Izzah menafikannya dan mengisytihar tidak menyokong mana-mana calon pada pemilihan kali ini.
"Selepas terima pencalonan itu, saya mempertimbangkan diri sendiri untuk bertanding sebagai Naib Presiden.
"Mereka bebas membuat pencalonan dan saya menghormati pilihan mereka," katanya.
Beliau turut mencadangkan semua calon yang bertanding pada proses pemilihan PKR, secara terbuka menandatangani deklarasi kempen adil dan bebas.
Nurul Izzah berkata tindakan yang dijadual dibuat minggu depan itu, bertujuan melindungi matlamat menjadikan Malaysia benar-benar sebuah negara demokratik
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Saya Meneruskan Perjuangan Atas Semangat Reformasi - Nurul Izzah”
Post a Comment