Wednesday, September 22, 2010
Lucut Keanggotaan Suspek, Pelakuan Pekida Tidak Patut - Majlis Peguam
Do you like this story?
KUALA LUMPUR 21 September - Kedua-dua peguam yang menjadi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain baru-baru ini, sudah dilucut keanggotaan oleh Majlis Peguam sejak 5 Januari tahun lalu.
Katanya, penggantungan itu bermakna mereka boleh meneruskan profesion peguam dan kuasa Majlis Peguam terhad kepada amalan guaman dan tidak merangkumi isu kekayaan luar biasa mana-mana peguam.
"Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain boleh dan patut mengambil tindakan atau memulakan siasatan," katanya.
Ragunath juga menyatakan kesediaan Majlis Peguam untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak termasuk polis jika terdapat mana-mana annggotanya disiasat pihak berkuasa itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, Majlis Peguam tidak patut dipersalah apabila sesuatu perkara negatif berlaku kerana kuasa mereka terhad.
"Kami bersedia menerima pandangan, kritikan dan jua jika ada pihak yang mahu mengadakan dialog tetapi jangan terus persalahkan Majlis Peguam apabila sesuatu berlaku.
"Pejabat kedua-dua suspek itu berada betul-betul di hadapan Balai Polis Banting dan polis sendiri tidak dapat mengetahui berkenaan aktiviti mereka. Bagaimana kami yang berada kira-kira 100 kilometer boleh mengetahui aktiviti mereka?" katanya.
Ragunath juga meminta media supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes pembunuhan kes Sosilawati kerana ia boleh menjejaskan perjalanan proses siasatan dan perbicaraan di mahkamah.
Seterusnya, beliau berkata, Majlis Peguam sudah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara bagi mencari langkah untuk memantapkan perkidmatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi memastikan keadilan dapat diperkasa.
Ragunath berkata, Pekida tidak patut menyalahkan Majlis Peguam kerana gagal mengambil tindakan terhadap kedua-dua suspek itu.
"Kita tidak ada masalah dengan orang ramai menyuarakan pendapat mereka. Itu hak mereka dan Majlis Peguam mengambil sikap terbuka dalam sebarang kriikan dan pandangan," kata beliau.
Beliau turut memberi jaminan, jika terdapat peguam yang dikenal pasti bermasalah dan boleh menjatuhkan imej Majlis Peguam, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.
Pada sidang media sama, Ragunath juga mengakui Mahkamah Persekutuan memiliki kuasa untuk membicarakan kes yang difail Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra, minggu lalu.
"Seelok-eloknya perkara ini ditentukan secepat mungkin supaya sebarang isu berkenaan pemeintahan negeri tidak diabai," jelas beliau.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Lucut Keanggotaan Suspek, Pelakuan Pekida Tidak Patut - Majlis Peguam”
Post a Comment