Wednesday, September 22, 2010

Jho Lo Antara Pengunjung Pusat Hiburan Diserbu Polis

PULAU PINANG 21 Sept - Thaek Jho Lo, individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur adalah antara 800 pengunjung  yang disaring polis dalam satu serbuan disebuah pusat hiburan di Pulau Pinang.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, beliau berada di pusat hiburan terbabit bersama beberapa rakannya ketika sebuan itu dijalankan pada awal pagi Ahad lalu.



Pusat hiburan yang dikunjunginya adalah antara pusat hiburan yang diserbu oleh polis pada jam 1.30 pagi dalam operasi cegah jenayah yang dilancarkan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Fauzi Mohd Yusof.

Bagaimanapun beliau dilaporkan tidak terbabit dengan kumpulan 101 pengunjung yang di bawa ke balai polis untuk tujaun ujian air kencing dan seterusnya menyaksikan lima lelaki dan enam perempuan ditahan kerana didapati positif dalam ujian dadah yang dijalankan manakala seorang lagi turut ditahan di bawah seksyen 147 kerana merusuh.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah 14 remaja bawah umur.

Ketua Polis George Town OCPD ACP Gan Kong Meng berkata pemilik pusat hiburan terbabit disaman kerana tidak memenuhi syarat-syarat pelesenan dan serbuan tersebut adalah operasi biasa memerangi jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Difahamkan Jho Lo keluar dari premis pusat hiburan terbabit di Upper Penang Road pada jam 5.30 dan kehadiran beliau telah menarik perhatian umum apabila mengetahui beliau adalah antara pengunjung yang disaring oleh polis di pusat hiburan terbabit.

Beliau juga telah menjawab pertanyaan media yang mengerumuninya dan memberitahu mereka beliau sampai di Pulau Pinang pada pagi Sabtu lalu dan berada di pusat hiburan terbabit atas jemputan rakan-rakannya.

Jho Lo, sebelum ini mencetuskan kontroversi serta mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu dolar untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.
- Dipetik dari Suara Keadilan

0 Responses to “Jho Lo Antara Pengunjung Pusat Hiburan Diserbu Polis”

Post a Comment