Wednesday, September 22, 2010

Nota Terakhir Beng Hock Mingkin Dirancang - Gobin

SHAH ALAM 20 September - Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo menyifatkan kahadiran bukti baru berhubung kematian Teoh Beng Hock yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang.

Ini berikutan seorang anggota polis penyiasat memberitahu koroner inkues hari ini bahawa beliau menemui 'nota misteri' pada beg sandang Beng Hock yang mati pada 17 Julai lalu.
Nota miteri itu ditemui sehari selepas Beng Hock didapati mati di Plaza Masalam, Shah Alam.

Katanya, beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding. 

Gobind juga mengesahkan bahawa pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal menemui nota kontroversi itu.

Bagaimanapun, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Beng Hock itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik kepada exco itu dan kerajaan Selangor.

Bukti berkenaan dikhabarkan sebagai nota bunuh diri dikemukakan kepada mahkamah semasa Ahmad Nazri dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.

"Hanya ada satu nota, yang dikemukakan sebagai bukti," katanya.

Menurut Gobind, nota itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Cina dengan ada kesan cakaran.

Pegawai penyiasat itu memberitahu mahkamah bahawa beliau menyenaraikan nota itu sebagai antara bahan yang ditemui dalam beg milik Beng Hock.

Kewujudan nota misteri itu hanya dimaklumkan di mahkamah koroner pada 10 Ogos lalu.

Pada hari yang sama, pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut bahawa pihaknya  dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh Ahmad Nazri pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Beng Hock. 

Berikutan keadaan ini, Gobind memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru tersebut. 

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu dan kematiannya sehingga kini masih menjadi misteri.

0 Responses to “Nota Terakhir Beng Hock Mingkin Dirancang - Gobin”

Post a Comment