Wednesday, September 22, 2010
Kurangkan Kawalan Terhadap GLC - Nazir
Do you like this story?
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CIMB dalam satu forum di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata terdapat banyak ruang untuk meningkatkan persaingan di sektor masing-masing.
Memetik kenyataan beliau dalam The Malaysian Insider, Nazir turut berkata persaingan antara GLC dan sektor swasta juga harus jelas dan telus tetapi pandangannya disanggah Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Datuk Seri Tony Fernandes yang berbeza pandangan dalam isu itu.
Mengikut Tony, kerajaan harus keluar dari sektor perniagaan dan menyamaratakan peluang dalam sektor berkenaan bagi membolehkan semua syarikat Malaysia bersaing secara sihat.
"Membuat sekatan adalah bukan cara untuk kita maju ke depan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Royal Selangor dan Pengerusi bersama Permudah, Tan Sri Yong Poh Kon pula bersetuju sama ada syarikat GLC atau bukan, mereka harus bebas untuk bersaing secara terbuka dalam mendapatkan projek.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib mensasarkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan salah satu darinya adalah melalui sektor swasta yang dijangka memberi sumbangan besar iaitu RM1.38 trilion .
Enam puluh peratus daripada semua pelaburan yang diharapkan datangnya dari syarikat bukan milik kerajaan, syarikat swasta dan hanya 32 peratus dari jumlah syarikat itu milik kerajaan (GLC) manakala lapan peratus daripada dana awam.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Kurangkan Kawalan Terhadap GLC - Nazir”
Post a Comment