Wednesday, September 22, 2010

Jenapala Tidak Boleh Dicalonkan Kerana Sudah Dipecat

SHAH ALAM 21 Sept - Penawaran bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden tidak sah kerana beliau bukan lagi menjadi anggota parti, menurut Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan media semalam, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010 memandangkan beliau bukan lagi anggota KEADILAN setelah dipecat keanggotaannya pada Februari 2009.



"Tindakan bekas anggota KEADILAN, Jenapala Perumal Subaan mempertikaikan dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010  dengan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas, palsu  dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.

"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Jenapala yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden KEADILAN Jumaat lalu dipecat kerana mengkritik pimpinan parti secara keterlaluan dan bertindak menubuhkan parti baru.

0 Responses to “Jenapala Tidak Boleh Dicalonkan Kerana Sudah Dipecat”

Post a Comment