Friday, October 8, 2010
Profesionalisme Polis Tempang Akibat Kelemahan PDRM
Do you like this story?
Persuruhjaya SUHAKAM, Sha'ani Abdullah berkata polis harus memantapkan gerak-kerja pasukan itu, dan memperbaiki profesionalisma anggota dengan segera, yang tempang akibat kelemahan PDRM sendiri.
Suhakam berkata demikian melihat reaksi awam yang melahirkan dukacita dengan sikap PDRM yang dituduh memberi sepenuh tumpuan menyelesaikan kes-kes membabitkan individu berprofil tinggi, seperti tragedi pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.
"Kalau tidak wujud kes pembunuhan Sosilawati, saya percaya banyak kes-kes kecil tidak akan diambil tahu. Dalam hal ini polis harus mengutamakan tanggungjawab mereka daripada menjaga imej mereka sahaja," tegas Sha'ani.
Beliau berkata demikian ketika menerima memorandum dari Ahli Parlimen Kapar, S Manikavagasam, yang menggesa penubuhan satu badan siasatan bebas menyiasat kehilangan individu-individu yang dikaitkan kepada suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati.
Manikavasagam turut ditemani oleh isteri kepada Anpalagan Swaminathan yang dikatakan hilang sejak 4 Ogos tahun lalu. Kehilangan beliau dipercayai berkaitan dengan suspek kes itu.
Jayathy Sandran sebelum ini membuat aduan di Balai Polis Bukit Sentosa. Kecewa dengan respon pihak berkuasa, Jayathy menemui wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu untuk bantuan.
"Imej PDRM pasti pulih jika polis menjalankan tugas dengan tekun, amanah, dan bertanggungjawab," tegas Sha'ani.
Sha'ani memberitahu pihaknya tidak selesa dengan sikap dan kenyataan penjawat awam PDRM yang sering memberi amaran dan teguran kepada rakyat berhubung perjalanan kes ini.
"Suhakam merasakan ianya satu sikap yang tidak profesional. Rakyat berhak tegur dan mengetahui apakah tindakan pihak polis dan pihak polis harus memperjelaskan persoalan yang timbul itu, bukannya memberi amaran dan mencabar," ujar Sha'ani.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Profesionalisme Polis Tempang Akibat Kelemahan PDRM”
Post a Comment