Friday, October 8, 2010

PKR Siasat Perlantikan Ahli MCA Selaku Ketua Cabang

KELANA JAYA 8 Oktober - Parti Keadilan Rakyat akan mengumumkan keputusan siasatan keatas Dr Lee Chong Meng yang terpilih sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang dalam pemilihan lalu, setelah mendapati beliau masih ahli MCA ketika itu.

"Biro Politik KEADILAN telah membincang kes Dr Lee ini. Kami akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat," kata Timbalan Presiden Senator Syed Husin Ali.

Pengerusi MCA Bukit Bintang itu semalam mengumumkan beliau meletak jawatan dari MCA dan secara rasmi menyertai PKR.

Dr Lee berkata beliau tidak tahu beliau telah terpilih, dan mendakwa berada di luar negara ketika pemilihan cabang berlaku.


"Parti Keadilan Rakyat mengambil perhatian serius pengumuman Dr Lee Chong Bee baru keluar dari MCA. Ertinya beliau mohon dan diterima sebagai anggota KEADILAN semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini. Ini satu kesilapan," kata Syed Husin.

Lee berkata beliau menyerahkan permohonan menyertai PKR pada Jun lalu tetapi mendakwa tidak menandatangani permohonan itu.

MCA sebelum ini mengusulkan Lee digantung keahlian tiga tahun kerana menyalahgunakan dana yang diperuntukkan kerajaan pada 2008, seraya membawa kepada perletakan jawatannya dalam parti itu.

0 Responses to “PKR Siasat Perlantikan Ahli MCA Selaku Ketua Cabang”

Post a Comment