Sunday, October 17, 2010
Komited Jadikan Kerajaan PR Selangor Model Kerajaan Persekutuan
Do you like this story?
SHAH ALAM 17 Oktober - Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau komited untuk menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor sebagai model kepada kerajaan persekutuan kelak.
"Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Perseketuan.
"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat Reformasi sehingga ke Putrajaya," kata beliau dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Beliau juga menyatakan komitmennya akan memastikan Selangor sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat dan memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.
"Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat. Dengan komitmen berterusan kami kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
"Kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum," ujar Khalid lagi.
"Satu lagi faktor terhadap keputusan saya adalah fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan. Projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus."
"Justeru,Kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini, khususnya proses tender terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat," tegas beliau.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Komited Jadikan Kerajaan PR Selangor Model Kerajaan Persekutuan”
Post a Comment