Monday, October 11, 2010
Khalid Tawar Tanding Timbalan Presiden PKR
Do you like this story?
Jawatankuasa itu yang ditubuhkan oleh Khalid sendiri, merangkumi Syed Shahir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.
“Mereka ini bebas untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober. Sekiranya jawatankuasa ini menasihatkan bahawa tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara lebih baik untuk saya berkhidmat pada parti, saya akan akur pada nasihat ini,” kata beliau.
Khalid yang mendapat empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden akur bahawa beberapa insiden pada pemilihan PKR telah membawa persepsi negatif di kalangan ahli dan dalam media.
“Saya juga melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.
Perkembangan ini tidak sihat dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini," tambah beliau.
Khalid adalah calon keempat bertanding jawatan itu selain Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang turut dicalonkan untuk Timbalan Presiden setakat ini belum membuat keputusan mengenainya.
Beliau hanya mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Pemilihan pucuk pimpinan nasional PKR akan berlansung bulan depan.
Khalid menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi” untuk kempennya. Lima teras tersebut ialah;
-Setia kepada perjuangan
-Meneruskan agenda perubahan
-Merakyatkan ekonomi
-Menolak politik pecah perintah
-Kesepaduan parti
Khalid berkata lima teras perjuangan itu akan mencorakkan pentadbiran ‘inclusive’ dan memastikan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya menjadi realiti.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Khalid Tawar Tanding Timbalan Presiden PKR”
Post a Comment