Friday, October 8, 2010
Tiga Individu Pertahan Tanah Kerajaan Negeri Direman 24 Jam
Do you like this story?
Majistret Selayang menolak permohonan polis yang memohon supaya pembantu Adun Rawang, Alex Gan dan Kumaran, serta seorang penduduk dari kampung tersebut ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Peguam, HC Tan berkata majistret berpendapat dakwaan yang ketiga-tiga individu itu hadapi iaitu menghalang petugas awam dari menjalankan tugas dan merosakkan harta-benda awam bukan kesalahan serius.
"Polis perlu membebaskan mereka sebelum 12 tengahari esok," kata Tan.
Mereka ditahan selepas 12 pekerja TNB memasuki tanah tersebut tanpa notis dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada jam 9 pagi semalam.
Kira-kira 30 penduduk kampung bersama-sama Adun Rawang, Gan Pei Nei, Exco Xavier Jayakumar dan ahli majlis Selayang Lee Khai Loon tampil ke mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada tahanan.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Tiga Individu Pertahan Tanah Kerajaan Negeri Direman 24 Jam”
Post a Comment