Monday, October 25, 2010

BN Sabah Masih Gagal Urus Air Sabah Hingga Kini

SANDAKAN 25 Oktober - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pimpinan Barisan Nasional(BN) Sabah yang sehingga kini tidak berjaya menyelesaikan masalah asas masyarakat Sabah khusus isu pengurusan air.

Beliau menggesa agar keutamaan diberi kepada isu ini sebelum membincangkan isu-isu besar yang lebih sukar ditangani.

"Masalah api dan air pun tak selesai, ini di Sandakan. Saya hairan jika ada orang Sandakan nak sokong Barisan Nasional, jangan fikir pembangunan, jangan fikir kesaksamaan iaitu isu berat-berat, isu air pun tak boleh selesai, ini di Sabah isu air takde 'supply'," kata Anwar.

Anwar menyatakan demikian semasa menyampaikan Pidato Perdana semalam di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan lebih kurang 25 minit daripada pusat bandar Sandakan.

Tegas Anwar perkara ini berbeza apabila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor apabila berjaya menguruskan air dengan baik.

Malahan kecekapan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dapat memberikan 20 meter padu percuma kepada rakyat Selangor setiap bulan berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional yang hanya menyebabkan kenaikan air.

"Di Selangor air dapat, dan dapat 20meter padu percuma lagi, tengok bezanya kita perintah Selangor 'water supply ok' (pengurusan air baik)dan dapat juga air percuma," tegas Anwar lagi sepanjang pemerintahan Barisan Nasional di Sabah, parti itu gagal menyelesaikan bekalan air dan juga peningkatan harga air.

Permasalahan asas rakyat di Sabah khususnya bekalan air di sini bakal menjadi antara isu utama dalam PRK 185 Batu Sapi yang akan berlangsung sepanjang kempen minggu ini.

Untuk rekod PRK  Parlimen Batu Sapi merupakan pilihan raya kecil ke-13 semenjak Pilihan raya Umum ke 12 pada Mac 2008 lepas.

Masyarakat di Batu Sapi akan memilih parti bertanding bagi mewakili suara mereka di Parlimen pada 4 November ini serentak dengan pilihan raya kecil DUN Galas.

0 Responses to “BN Sabah Masih Gagal Urus Air Sabah Hingga Kini”

Post a Comment