Friday, October 8, 2010

Panggilan semula kereta Beri Impak Minimum Kepada Proton

KUALA LUMPUR 8 Oktober - Proton Holdings hanya mengalami impak minimum berikutan panggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo.

"Kami menjangkakan menerima reaksi negatif akibat panggilan itu, namun penyusutan harga saham Proton mungkin menyediakan peluang untuk membeli saham-saham pada paras rendah," kata MIDF Research hari ini.

Portal mStar melaporkan MIDF berkata ia bagaimanapun mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.

Pada Khamis, pembuat kereta nasional itu membuat panggilan semula sukarela Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan "clock spring" yang boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan semula sukarela itu, yang merupakan sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun.

Komponen "clock spring" menghubungkan suis dengan beg udara ke radio, hon dan kawalan "cruise".

0 Responses to “Panggilan semula kereta Beri Impak Minimum Kepada Proton”

Post a Comment