Friday, October 8, 2010

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia RM310.8 bilion September 2010

KUALA LUMPUR 8 Oktober - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM310.8 bilion pada 30 September 2010.

Bank Negara Malaysia berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Paras rizab pada 30 September 2010 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi kerugian penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku ketiga.
Sementara itu, Malaysia akan menjual bon kerajaan berjumlah RM3.5 bilion yang akan matang pada 15 September 2017. Proses tender akan ditutup pada 14 Oktober.

Manakala di Selangor, Talam Corp Bhd melaui anak syarikat Juara Tiasa Sdn Bhd telah menjual sebidang tanah di Bukit Sentosa, Serendah pada harga RM28.5 juta.

Tanah pegangan bebas ini disediakan sebagai tapak untuk institusi swasta, asrama, dan kelab, termasuk struktur-struktur berkaitan.

Business Times melaporkan, Talam dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata perolehan dari urusniaga ini akan digunakan untuk melangsai hutang-hutang tertunggak.

0 Responses to “Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia RM310.8 bilion September 2010”

Post a Comment