Friday, September 17, 2010

Kelantan dijanjikan air bersih, Sabah dan Sarawak pula terabai berpuluh tahun

Shah Alam 16 September - Kerajaan Umno-BN hanya melontar kata-kata retorik apabila menjanjikan Kelantan bekalan air bersih jika dapat menawan Kelantan.

Kordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Thevarajan berkata, ini kerana Sabah dan Sarawak yang telah berpuluh tahun menjadi 'deposit tetap' BN masih tidak dapat menikmati bekalan air yang sempurna sehingga hari ini.




"Kini sudah terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya Sarawak semakin dekat dan ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN memenangi undi dengan taktik lama menabur janji-janji manis," tegas beliau.

Katanya lagi, rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih celik dalam isu politik negara dan dapat mengenali parti yang mampu melaksanakan janji dengan yang hanya membuat janji kosong.

Ini terbukti dalam pilihanraya umum lalu di mana para pengundi telah menafikan majoriti dua pertiga dengan memenangkan pihak pembangkang di lima negeri.

Mengulas perangkaan dari Jerit yang mendakwa lebih 40 peratus isi rumah di Sabah dan Sarawak masih tiada kemudahan air bersih dan air yang dirawat, Thevarajan berkata kerajaan Umno-BN perlu menambah baik kualiti perkhidmatan air di Sabah dan Sarawak sebelum berkata langsung mengenai perkhidmatan air di negeri lain.

"Janji sebsgini tidak akan dilayan oleh rakyat terutamanya rakyat Kelantan yang terbukti lebih progresif dan arif berkenaan kenyataan retorik kerajaan Umno-BN, dengan memilih parti pembangkang untuk memimpin sejak lebih 20 tahun," kata beliau lagi.

Thevarajan yang mengibaratkan janji Umno-BN sebagai 'gula-gula' untuk menarik minat warga Sabah dan sarawak berkata taktik lama ini perlu diubah oleh Ummno-BN dengan mengotakan janji yang dibuat, bukan menutupnya dengan menabur lebih banyak 'gula'gula' pilihanraya.

0 Responses to “Kelantan dijanjikan air bersih, Sabah dan Sarawak pula terabai berpuluh tahun”

Post a Comment