Friday, September 17, 2010

Sah Azmin bertemu Zaid untuk Timbalan Presiden

SHAH ALAM 16 September - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.

Keputusan ini, kata beliau, dibuat setelah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Azmin yang juga Ahi Parlimen Gombak berkata keputusan ini diammbil setelah mempertimbangkan pandangan pucuk pimpinan parti serta perbincangan terus bersama Dr Syed Husin.


"Saya berjanji akan berganding bahu untuk memperkukuhkan idealisme parti, menerap dan meningkatkan kesetiaan serta memperkasakan organisasi bersama pucuk pimpinan dan anggota parti yang lain," tegas beliau.

Beliau juga berharap pemilihan kali ini yang akan mengunakan sistem undi terus berlangsung dalam suasana sihat dan dengan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Kenyataan Azmin hari ini mengesahkan desas-desus pertembungan beliau dengan Penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini telah mengumumkan kesediaan beliau bertanding untuk kerusi Timbalan Presiden PKR.

Azmin seterusnya menyuarakan penghargaan dan berterima kasih kepada Dr Syed Husin atas sumbangan dan perjuangan beliau selama ini di dalam PKR sebagai Timbalan Presiden.

Jelas beliau, perjuangan Dr Syed Husin Ali amat konsisten dan sifat inilah yang perlu dan akan menjadi inspirasi kepada anggota-anggota lain meneruskan perjuangan parti.

Dalam pada itu, Azmin sebagai anggota muda PKR yang telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sejak penubuhannya turut menyuarakan sokongan beliau terhadap kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

0 Responses to “Sah Azmin bertemu Zaid untuk Timbalan Presiden”

Post a Comment