Friday, September 17, 2010
Kita tidak akan mencapai 1Malaysia selagi tidak bekerjasama sebagai rakan seperjuangan
Do you like this story?
Mengulas kenyataan Datuk Seri Idris Jala bahawa satu perubahan sikap diperlukan bagi mencapai visi 1Malaysia, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata satu pendekatan ideologi yang lebih mendalam diperlukan bagi memangkinkan perubahan sikap dan pada masa yang sama membawa pelbagai kelompok masyarat yang bertelagah pada masa ini bergerak menuju ke arah yang betul.
"Kebanyakan kelompok masyarakat ini merasakan diri mereka diancam dan dimangsakan maka perlu mempertahankan diri agar tidak dimangsakan oleh kelompok lain.
"Keadaan ini wujud kerana wujudnya mentalili bahawa mereka perlu menjatuhkan kelompok lain bagi meneruskan kesinambungan hayat kelompok.
Tetapi persoalannya, adalah itu hakikatnya dan sehingga bila keadaan ini akan berterusan?" kata beliau.
Dr Dzulkelfy menambah, masyarakat perlu diterapkan dengan keyakinan bahawa kerajaan akan membuat yang terbaik untuk rakyat, dan hanya dengan itu satu perubahan tingkahlaku dapat diterapkan.
Menurut beliau, asas bagi perubahan tingkahlaku adalah tahap keyakinan tinggi dan jika keyakinan ini kurang, maka tiada perubahan dapat dicapai.
Beliau menambah, perubahan tingkahlaku, mental dan nilai adalah menjangkaui polisi atau program bahkan undang-undang dan akta, maka seorang pemimpin yang memahami kaedah mencetuskan perubahan terutamanya yang bersifat 'social engineering' (merangka pelan sosial) patut sedar bahawa tahap keyakinan perlu ditingkantkan jika mahu memulakan perubahan sikap.
"Untuk merubah nilai dan sikap, untuk melonjakkan negara kepada satu tahap yang lebih tinggi bukan hanya boleh dipacu dengan perubahan-perubahan polisi dan program semata-mata.
"Perubahan yang khusus kearah pembentukan 1Malaysia mestilah menyinggung dan menggarap persoalan yang lebih besar iaitu keyakinan, bukan hanya sikap," tegas beliau lagi.
Dr Dzulkefly seterusnya menjelaskan, perancangan telliti diperlukan bagi meningkatkan tahap keyakinan, kerana keyakinan melahirkan sikap, dan sikap inilah yang akan memangkinkan perubahan tingkahlaku.
Maka pada pendapat beliau, domain keyakinan inilah yang sangat diperlukan oleh masyarakat pasa masa ini terutamanya untuk mengembalikan atau memartabatkan kedudukan negara dan bangsa yang sudah jauh terjejas akibat tingkahlaku beberapa ahli politik dan parti politik.
"Maka apa yang kita perlu tekankan adalah keyakinan dan jatidiri setiap individu dan kelompok agar dapat menerapkan kembali keyakinan bahawa kita sebagai satu kelompok yang kolekitf mempunyai amanah sebagai ahli di muka bumi ini untuk menjana kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara.
"Hanya dengan itu kita akan ada keupayaan untuk merubah sikap. Apabila kita mempunyai amanah, maka implikasi mengkhianati amanah ini adalah sama dengan melanggari tuntuan moral, nilai, dan etika seseorang individu," jelas beliau.
Beliau juga menegaskan seseorang individu perlu ada keyakinan yang akan melahirkan nilai dan nilai inilah yang akan membentuk sikap individu yang membentuk kelompok-kelompok ini.

This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Kita tidak akan mencapai 1Malaysia selagi tidak bekerjasama sebagai rakan seperjuangan”
Post a Comment