Saturday, October 9, 2010
Kontraktor Engkar Muafakat Kerajaan Selangor-TNB
Do you like this story?
Sikap angkuh kontraktor terbabit adalah berlawanan dengan muafakat yang dicapai dalam satu mesyuarat minggu lalu antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad.
Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kontraktor pembinaan yang tidak mahu memberhentikan pembinaan meskipun diserah notis oleh Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.
Dalam isu pembinaan pencawang elektrik di Kampung Sungai Terentang, Kerajaan Negeri dan TNB bersetuju untuk menghentikan kerja- kerja pembinaan sehingga diadakan lawatan kerja ke tapak membabitkan pegawai dari kedua-dua pihak.
Elizabeth bergegas bersama minit mesyuarat antara Ketua Eksekutif Selangor dan TNB itu, namun kontraktor terbabit tetap berdegil.
Kontraktor hanya berundur apabila pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Selayang turun padang dan menyerahkan notis pemberhentian kerja kepada mereka.
Penduduk kini merasakan kampung mereka tidak lagi selamat. Tinjauan TV Selangor mendapati penduduk bimbang muafakat yang dicapai akan terus dilanggari pihak tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Gan berharap pihak Kerajaan Negeri dan TNB mampu mencapai penyelesaian yang sebaiknya dalam isu ini.
Beliau berpendapat semua pihak, terutamanya kontraktor, harus bersikap jujur dan mematuhi muafakat yang telah dicapai, dan pelan- pelan pembinaan yang telah dipersetujui antara kedua pihak.
Dalam kejadian petang semalam, penduduk Kampung Sungai Terentang mengorek parit seluas kira-kira dua meter lebar dan satu setengah meter dalam bagi menghalang jentera TNB memasuki kampung berkenaan.
Penduduk bertindak sedemikian apabila TNB memasuki kampung berkenaan 8.30 pagi tadi bersama-sama lebih kurang 150 anggota polis termasuk Pasukan Perisai Ringan (LSF) membawa kontraktor untuk memulakan pembinaan 'monoblock' bagi pencawang elektrik tanpa apa-apa notis.
Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut, Yap Hong berkata walaupun penduduk telah kalah dalam mendapatkan perintah berhenti kerja daripada mahkamah tetapi TNB tiada hak ke atas tanah tersebut kerana dimiliki oleh kerajaan negeri.
Perbalahan antara penduduk Kg Sg Terentang dan pihak TNB telah bermula sejak awal tahun 2005 apabila TNB mengemukakan cadangan pembinaan grid elektrik baru merentasi kampung tersebut.
Dalam pelan tersebut, satu pencawang akan dibina di kaki bukit Kg Sg Terentang, berdekatan dengan tokong Cina di kampung tersebut.
Yap menjelaskan, permasalahan dengan penduduk kampung mula timbul kerana semasa pelan asal dibentangkan kepada kerajaan negeri, TNB memberitahu hanya sebuah stor dan sabuah ladang ternakan ayam yang perlu dirobohkan tetapi dilihat pada pelan, kabel voltan tinggi itu akan melalui lebih 50 buah rumah dan rumah tersebut juga terpaksa dirobohkan.
"90 peratus pemilik lot rumah di kampung ini mempunyai geran tanah dan yang lain mempunyai geran tetapi menghadapi kesulitan untuk mengubah nama kerana ibubapa telah meninggal dan sebagainya.
"Dalam geran ini tiada pun dinyatakan ini tanah simpanan TNB untuk mereka masuk begitu sahaja dan mengerjakan tanah di sini. Ini tanah kami, hak kami," tegas Yap lagi.
Dalam perbalahan petang tadi, Ahli Parlimen Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menunjukkan surat pemberhentian kerja daripada kerajana negeri memandangkan tanah tersebut di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi para kontraktor menghiraukan sahaja dan meneruskan kerja dengan perlindungan polis.
"kita semua tahu polis bekerjasama dengan TNB. Mereka patut membantu rakyat tetapi sini mereka membantu TNB," kata Yap.
Perbalahan akhirnya diberhentikan kira-kira 5 petang apabila beberapa pegawai Majlis Perbandaran Selayang datang membawa arahan pemberhentian kerja, dan TNB terpaksa memberhentikan kerja.
Walaubagaimanapun, kontraktor TNB telahpun menjalankan kerja-kerja pembinaan dan menutupnya dengan membina dinding dari atap zink dan memasang dawai berduri (barb wire) disekeliling tempat berkenaan.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Kontraktor Engkar Muafakat Kerajaan Selangor-TNB”
Post a Comment