Saturday, October 9, 2010

Ahli Parlimen Batu Sapi Terbunuh

KOTA KINABALU 9 Oktober - Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah berusia 54 tahun dari Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sembulan-Tanjung Aru kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Kematian ahli parlimen Barisan Nasional ini akan membawa kepada satu lagi rentetan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-13 selepas kematian penyandang DUN Galas, baru-baru  ini.


Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) dikatakan sedang meunggang motosikal sebelum berlanggar dengan sebuah kereta jenis Mercedez.

Mayat beliau sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan.

Pada pilihan raya yang lepas, Edmund menang tanpa tanding bagi kerusi Parlimen Batu Sapi.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

- Bernama

0 Responses to “Ahli Parlimen Batu Sapi Terbunuh”

Post a Comment