Wednesday, October 6, 2010

PAS sudah bersedia untuk taktik 3M Umno-BN

KOTA BHARU 5 Oktober - Pas sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang 3 M yang dibawa Umno Barisan Nasional (BN) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata 3M itu merujuk kepada Money, Machienary,  Media atau wang (rasuah), jentera dan media yang menjadi sinonim kepada pimpinan Umno BN setiap kali pilihan raya kecil berlangsung.


Continue Reading >>

Wednesday, October 6, 2010 by Reporter Daily · 0

Polis Nafi Diganggu Makhluk Halus

SHAH ALAM 5 Oktober - "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.     

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.    

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.  


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

KPT Cuba 'Ternak Mahasiswa Dalam Kandang'

SHAH ALAM 5 Oktober - Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Kementerian Pengajian Tinggi tidak terlalu rigid dalam soal penyertaan mahasiswa dalam politik kerana arahan sedemikian hanya ‘menternak mahasiswa dalam kandang kampus.’

Beliau menegaskan mahasiswa memiliki peranan dalam politik dan mereka wajar diberi pendedahan supaya memiliki sikap bertanggungjawab dalam menentu hala pentadbiran Negara pada masa depan.

“Ini adalah peranan mahasiswa. Jangan ‘ternak’ mahasiswa di kampus dengan dunia yang terhad. Beri pendedahan supaya  mahasiswa sedar mereka ada satu lagi tanggungjawab . Tidak salah mereka terlibat dalam berpoltik terutamanya pilihan raya kecil," katanya.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Ramlan Perosak PKR, Bukan Reformis

SHAH ALAM 5 Oktober - Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ramlan kononnya Mohamed Azmin Ali menawarkan ruang perniagaan di Uptown Gombak sebagai habuan untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami mengakui ahli kami mendapat lesen perniagaan di Uptown Gombak, tetapi ia dipohon oleh ahli-ahli kami yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan seumpama itu khususnya di Jalan Masjid India, KL,” katanya pada satu kenyataan.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Mahkamah Ketepi Perintah Adnan Bayar RM70 Juta

PUTRAJAYA 5 OKT: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu.

Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri.


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0