Friday, October 1, 2010
Salah Seorang Pengasas PKR, Pak Kudus Meninggal Dunia
Do you like this story?
Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak minggu lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian Pak Kudus sebagai satu kehilangan besar keluarga KEADILAN.
"Pak Kudus salah seorang pengasas yang menentang arus semasa tercetusnya reformasi. Beliau sanggup berceramah di tengah-tengah sawah atas lori.
"Saya tidak akan lupa pengalaman dengan Pak Kudus dengan senikata lagu 'Suci Dalam Debu -
Suatu hari nanti pastikan bercahaya,
Pintu akan terbuka kita langkah bersama,
Di situ kita lihat bersinarlah hakikat,
Hina jadi mulia, debu jadi permata.
"Beliau berani dengan penuh hikmah dan komitmen sehingga akhir hayat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi berkata parti kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dan ikhlas kepada perjuangan parti sejak bermulanya era reformasi.
"Angkatan Muda amat merasakan kehilangan beliau. Saya menyeru ahli parti terutamanya yang baru menyertai KEADILAN supaya mencontohi semangat dan jiwa besar Pak Kudus dalam perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini sejak awal lagi.
"Beliau boleh dikatakan sebagai salah satu butir mutiara dalam KEADILAN yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan komitmen kepada nilai-nilai perjuangan," kata Shamsul.
Pak Kudus sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan adalah Pegawai Penyiasat Cawangan Khas yang pernah bertanggungjawab menyoal siasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau ditangkap pada awal tahun 1970an berhubung demonstrasi pelajar di Baling.
"Anwar Ibrahim seorang manusia hebat dan berjiwa besar. Sepanjang yang saya kenalinya, beliau adalah seorang insan yang amat konsisten dengan pendirian dan keyakinan perjuangannya," kata Pak Kudus kepada Suara Keadilan dalam satu temuramah semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Kampung Parit Serong, Tanjung Karang dan akan dikebumikan selepas sembahyang Asar.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan soliheen dan muttaqeeen.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Salah Seorang Pengasas PKR, Pak Kudus Meninggal Dunia”
Post a Comment