Sunday, October 17, 2010
APMM Tahan Empat Kapal Tangki Minyak Asing Syaki Pindah Minyak
Do you like this story?
JOHOR BAHARU 17 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan empat kapal tangki asing yang disyaki memindahkan 125,752 liter minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.
Pengarah Operasi APMM Wilayah Selatan, Kapten Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata pihaknya turut menahan 52 krew membabitkan 15 rakyat Thailand, Filipina (12), Indonesia (13), Myanmar (8) dan Belanda (4) yang kesemuanya berumur antara 20 dan 59 tahun bagi membantu siasatan.
"Pegawai dan anggota APMM dalam Kapal KM Manjung yang melakukan 'Operasi Perkasa Selatan' memeriksa empat kapal itu di dua lokasi berasingan pada kedudukan 1.8 batu nautika selatan Tanjung Ayam, Pengerang, antara pukul 10 pagi dan 5.30 petang.
"Pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran oleh keempat-empat kapal berkenaan, yang didapati melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Dius Api," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Zubil berkata pemeriksaan mendapati Kapal MT Fortress memindahkan 50,000 liter Marin Fuel Oil (MFO) ke kapal MT Danai 4 manakala MT Baltic Unity memindahkan 75,752 liter Marine Gas Oil (MGO) kapal Marissa Green. Beliau berkata MT Fortress didaftarkan di Tarawa, Kiribati, MT Danai 4 di Bangkok, Thailand, MT Baltic Unity di Freetown, Sierra Leone manakala Marissa Green di Rotterdam, Belanda.
Katanya APMM akan terus mempertingkatkan pengawasan di perairan Pengerang bagi memastikan perairan tersebut bebas dari pencemaran serta aktiviti yang menyalahi undang-undang.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “APMM Tahan Empat Kapal Tangki Minyak Asing Syaki Pindah Minyak”
Post a Comment