Monday, October 11, 2010
Isu Tanam Semula: ANAK Desak Ahmad Maslan Tarik Tuduhan
Do you like this story?
Dalam satu sidang media pagi tadi di Parlimen, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman berkata tuduhan Ahmad Maslan amat tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan tidak patut dikatakan oleh seorang yang menjawatan tinggi dalam kerajaan.
"Ahmad Maslan mesti menarik balik kenyataan beliau yang mengguris perasaan lebih 14 ribu peneroka sawit yang mengurus sendiri kebun mereka dengan kadar segera.
"Jika tidak, saya akan mengerah kesemua pekebun terbabit untuk membuat laporan polis besar-besaran di seluruh negara terhadap beliau!," tegas Mazlan.
Dalam pada itu, Mazlan juga menggesa Felda agar menyelesaikan pembayaran Wang Penanaman Semula kepada semua pekebun di seluruh negara dalam masa tiga bulan tanpa berdolak-dalik memberikan pelbagai alasan.
Katanya lagi, ANAK akan mengatur rombongan peneroka dengan jumlah besar setiap minggu ke ibupejabat Felda di Jalan Semarak dan mereka akan berada di situ sehingga bayaran kepada setiap peneroka dijelaskan.
"Kita akan mulakan dengan Gugusan Felda Sg Dusun kerana semasa berkempen ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kerajaan Umno-Barisan Nasional berjanji akan menjelaskan bayaran yang mana sehingga kini tak dapat," kata beliau.
Sebelum ini, Ahmad Maslan sebagai mewakili Felda mengeluarkan kenyataan pada 7 Oktober lalu menggariskan pendirian Felda menangani isu-isu peneroka yang berlegar di sekeliling Felda.
Dalam kenyataan itu Felda bersedia untuk memberikan Wang Tanaman Semula berjumlah RM17,000 kepada peneroka yang menguruskan kebun secara persendirian dengan syarat mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Kedua ialah felda tidak memberikan Wang Tanaman Semula bagi mengelakkan ia disalah gunakan.
Ketiga ialah mendakwa kebun peneroka yang menanam semula 'menjadi hutan, penuh dengan babi hutan, ular sawa, tikus dan kumbang'.
Keempat, menyatakan bahawa Felda tidak kalah dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berkenaan Wang Tanam Semula yang dituntut oleh 10 peneroka
Felda Sg Koyan 2 dan 3 seperti dalam laporan ANAK yang disiarkan oleh Harakah.
Kelima ialah hanya 14,882 daripada 112,635 peneroka yang membuat penanaman sendiri di mana Felda sedang dan telahpun membuat pembayaran sebanyak RM17,000 kepada yang layak.
Keenam ialah peneroka Felda tiada sebab untuk menyaman Felda kerana Felda tetap akan membayar Wang Tanam Semula walaupun tidak disaman.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Isu Tanam Semula: ANAK Desak Ahmad Maslan Tarik Tuduhan”
Post a Comment