Sunday, February 27, 2011

PRK Kerdau : Tindakan JAIP Didakwa Manipulasi Umno-BN


KERDAU 27 Februari - Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.

Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno-Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.


Continue Reading >>

Sunday, February 27, 2011 by Reporter Daily · 0

Najib Digesa Mohon Maaf Kepada Yusof Al-Qaradawi


SHAH ALAM 27 Februari - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Islam terkemuka, Dr Yusof Al-Qaradawi diselar sebagai sebagai 'manusia lidah bercabang' kerana Najib menganugerahkan gelaran tokoh Maal Hijrah kepada Yusof Al-Qadarawi dan pada masa yang sama melabelnya sebagai pengganas.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian semasa dihubungi TV Selangor berkenaan isu tersebut.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Saturday, January 15, 2011

Isu Laungan Azan: PM Dan Penerima Surat Bantahan Harus Jawab


KUALA LUMPUR 14 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan JAKIM harus tampil memberi penjelasan bersabit isu sebuah masjid di Kuala Lumpur yang dilaporkan diarah memperlahankan laungan azan.

Arahan itu dilaporkan dikeluarkan kepada masjid itu setelah ketiga-tiga pemimpin berkenaan  dikatakan menerima surat daripada seorang bukan Islam yang membantah laungan azan  Masjid  Al- Ikhlasiah di Kampung Kerinchi.

Continue Reading >>

Saturday, January 15, 2011 by Reporter Daily · 0

Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar Menyemak Semula Keputusan SPR


KUALA LUMPUR 14 Januari - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas Exco negeri Perak A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Projek Air Langat 2 - Selangor Hanya Setuju Untuk Kaji


SHAH ALAM 14 Januari - Kerajaan Negeri Selangor menolak laporan kononnya ia memberi persetujuan penuh kepada  pelaksanaan Projek Loji Air Langat 2 sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana hari ini.

The New Straits Times hari ini memetik Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sebagai berkata kerajaan Selangor akhirrnya bersetuju dengan projek Langat 2 dan tender-tender pembinaan loji akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0