Saturday, January 15, 2011

Projek Air Langat 2 - Selangor Hanya Setuju Untuk Kaji


SHAH ALAM 14 Januari - Kerajaan Negeri Selangor menolak laporan kononnya ia memberi persetujuan penuh kepada  pelaksanaan Projek Loji Air Langat 2 sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana hari ini.

The New Straits Times hari ini memetik Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sebagai berkata kerajaan Selangor akhirrnya bersetuju dengan projek Langat 2 dan tender-tender pembinaan loji akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

Continue Reading >>

Saturday, January 15, 2011 by Reporter Daily · 0

Isu SUK : ADUN Umno Didakwa Peralat Istana


SHAH ALAM 14 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno  Selangor sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.

Pakar undang-undang, Profesor Dr Aziz Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Rakaman CCTV Di Rumah Jiran Rocky'S Bru Dihantar Ke Forensik


KUALA LUMPUR 14 Januari - Polis telah menghantar rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah jiran blogger Rocky's Bru yang dipecah masuk 7 Januari lepas kepada Jabatan Forensik untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superitendant (SP) Abdul Razak Elias berkata rakaman CCTV tersebut terpaksa dihantar ke Jabatan Forensik kerana rakaman yang ditunjukkan tidak begitu jelas.

"Polis telah melihat rakaman tersebut dan memang nampak ada pergerakan namun identiti dan fizikal suspek tidak dapat dilihat dengan jelas... oleh itu ianya dihantar ke forensik untuk diteliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Monday, January 10, 2011

Selangor Lancar Majlis Anti Pemerdagangan Manusia


SHAH ALAM 10 Januari - Selangor menjadi negeri pertama di negra ini yang menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia(MAPMAS), yang dirangka secara bersistem bagi memerangi penjenayah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa kini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kewujudan MAPMAS ini adalah lanjutan daripada usaha gigih kerajaan negeri memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang dilihat bukan sahaja tidak berhati perut malah tanpa rasa bersalah lantaran terpesona dengan ganjaran yang lumayan.

Continue Reading >>

Monday, January 10, 2011 by Reporter Daily · 0

'Pukul' Jurugambar : NUJ Desak Polis Agar Tidak Keterlaluan


KUALA LUMPUR 10 Januari - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa agar tidak keterlaluan menjalankan tugas terhadap pengamal media yang turut sama hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Mengulas insiden di mana seorang jurugambar portal berita Bernama, Hairul Nizam Baharin dikasari oleh bebrapa anggota polis bantuan semalam, Presiden NUJ, Hata Wahari berkata Hairul hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0