Monday, February 28, 2011
IPOH 28 Februari - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu.
Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.
Monday, February 28, 2011 by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 28 Februari - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 28 Februari - Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dilihat bersikap hipokrit kerana meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.
by Reporter Daily · 0
Sunday, February 27, 2011
KERDAU 27 Februari - Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.
Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno-Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.
Sunday, February 27, 2011 by Reporter Daily · 0
SHAH ALAM 27 Februari - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Islam terkemuka, Dr Yusof Al-Qaradawi diselar sebagai sebagai 'manusia lidah bercabang' kerana Najib menganugerahkan gelaran tokoh Maal Hijrah kepada Yusof Al-Qadarawi dan pada masa yang sama melabelnya sebagai pengganas.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian semasa dihubungi TV Selangor berkenaan isu tersebut.
by Reporter Daily · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)




