Friday, October 1, 2010

FELDA Enggan Pulangkan Wang Peneroka

KUALA LUMPUR 1 Oktober - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa masih enggan sehingga kini menyerahkan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada setiap peneroka yang mengerjakan tanaman kelapa sawit secara persendirian meskipun telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menolak alasan Felda tidak menyerahkan kembali wang tanaman semula kerana mendakwa kira-kira 11,000 peneroka dikatakan tidak mematuhi garis panduan agensi itu.


Continue Reading >>

Friday, October 1, 2010 by Reporter Daily · 0

Datuk Bandar KL Diperkudakan Umno

SHAH ALAM 1 Oktober - Tindakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail yang secara terang-terangan membenarkan dirinya menjadi kuli kepada Umno amat dikesali sedangkan sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya bebas dari kekangan atau pengaruh orang politik.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ini terbukti apabila Umno Bahagian Titiwangsa secara terang-terangan meletakan gambar wajah beliau dalam semua banner bagi program Rumah Terbuka Bahagian itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Mahkamah Rayuan Putuskan Saman PKFZ Akan Dibicarakan

PUTRAJAYA 1 Oktober - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua saman oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd berhubung pertikaian pembayaran sebanyak RM900 juta dibicarakan sepenuhnya.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang membenarkan permohonan rayuan LPK terhadap keputusan penangguhan Mahkamah Tinggi supaya kedua-dua belah pihak boleh menyelesaikan perbalahan mereka secara tertutup.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Fitnah II - Keputusan Rayuan Mendapatkan Kenyataan Saksi 8 Oktober

PUTRAJAYA 30 September - Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saifful Bukhari Azlan pada 8 Oktober ini.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Kim Quek's Book Banned, Again

KUALA LUMPUR 1 October – The Government of Malaysia has banned a book by an opposition-affiliated political analyst citing security concerns, but the author claimed last Friday that the government was abusing its power to crack down on dissent.

Kim Quek, a member of opposition leader Anwar Ibrahim's People' Justice Party (PKR) said the country officials do not like his book "The March to Putrajaya _ Malaysia's New Era is at Hand," because its content criticizes the government.

"This is a clear abuse of power just to suppress critical opinion. They feel threatened," Quek said.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0