JASIN 21 September- Walaupun masih belum mempunyai pelajar, sekolah untuk remaja hamil di luar nikah dikenali sebagai Sekolah Harapan di sini secara rasmi telah memulakan operasinya semalam.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pada masa kini, sekolah berkenaan masih belum mempunyai pelajar namun pihaknya telah menerima beberapa panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada keluarga remaja mengandung dari beberapa buah negeri.
"Keluarga remaja mengandung ini mengatakan minat mereka menghantar anak mereka ke Sekolah Harapan dan bertanya sama ada sekolah ini sudah siap dibina.
"Mereka juga bertanya bagaimana cara memohon untuk masuk ke sekolah ini," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Harapan di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, keutamaan menjadi pelajar Sekolah Harapan diberi kepada penduduk dari negeri Melaka namun permohonan dari penduduk luar akan dipertimbangkan.
"Selain mereka yang beragama Islam, remaja mengandung daripada agama dan kaum lain juga boleh menjadi pelajar Sekolah Harapan," katanya. - dipetik dari Kosmo! |
0 Responses to “'Sekolah Harapan' mula beroperasi”
Post a Comment