Monday, January 10, 2011

Aktivis Ditahan Bukti Provokasi BN Sarawak Hadapi Pilihanraya Negeri


SHAH ALAM 9 Januari - Penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia, Abun Sui Anyit dan Nicholas Mujah sebagai satu provokasi kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi, kata Baru Bian.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak ketika dihubungi TV Selangor turut menyatakan, kerajaan BN pimpinan Tan Sri Taib Mahmud gentar dengan perkembangan yang didedahkan oleh pejuang sosial negeri ini menerusi Pakatan Rakyat dan media alternatif.

"Saya berpendapat tangkapan ini berkaitan dengan politik kerana mereka sekarang ini takut bahawa kebenaran telah dikeluarkan dan ramai rakyat Sarawak kini tahu BN bersikap tidak adil terhadap rakyat Sarawak," katanya.

Continue Reading >>

Monday, January 10, 2011 by Reporter Daily · 0

Interlok - Budayawan dan Ahli Politik Bertentang Pendapat


SHAH ALAM 9 Januari - Budayawan dan ahli politik tempatan bercanggah pendapat berkenaan novel kontroversi Interlok yang dianggap menyinggung masyarakat India.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan novel Interlok sebagai teks pelengkap bagi pembelajaran Sastera Tingkatan Lima untuk tempoh percubaan 10 tahun. 

Tokoh budaya tempatan, Dinsman mempertahankan penggunaan buku Interlok agar dilihat sebagai satu karya seni seorang sasterawan negara dan bukan dijadikan alat politik oleh pihak tertentu.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

PKR Umum Senarai MPN Baru

KELANA JAYA 9 Januari - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 - 2013.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang memperlihatkan bebrapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Kesemua Aduan Pemilihan PKR Selesai Disiasat, Enam Cabang Adakan MATC Semula

KELANA JAYA 9 Januari - Kesemua 289 aduan yang diterima sepanjang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung akhir tahun lalu selesai disiasat dan surat telahpun dihantar kepada kesemua pengadu berkenaan aduan mereka.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua cabang PKR yang menghadapi kekecohan semasa pemilihan cabang tahun lalu akan diarahkan mengadakan pemilihan sebelum atau pada 15 Januari, 2011.

"Melainkan dua cabang iaitu cabang Kelana Jaya di Selangor dan cabang Semporna di Sabah di mana aduan yang berkaitan dengan proses pemilihan yang Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan selesaikan pada atau sebelum 15 January," jelas beliau.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Jeffrey Keluar Parti Hanya Beri Impak Minima Kepada PKR - Saifuddin

KELANA JAYA 9 Januari - Penarikan diri oleh Datuk Jeffrey Kitingan dan 26 lagi ahli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa hari lalu hanya memberikan impak yang amat minima terhadap parti dan cabang asal Jeffrey iaitu Pensiangan.

Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan media arus perdana telah mengembar gemburkan isu tersebut.


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0